Pages

Friday, December 3, 2010

Masihkah Ada Sinar...............

Part 1...
KEM CANCUN PARK.

Khadijah memerhati skrin laptop nye sejak tadi. Dia ingin menulis email untuk sahabat karibnya, Cahaya Qaseh. Kerinduan membara sekali lantaran sudah lama tidak bertanya khabar anak gadis yang jauh merantau di Utara itu. Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsi. Biasanya, dia akan meminta pandangan Cahaya Qaseh berkaitan pelajaran mahupun kisah hidup nya dengan Firdaus.

"Khadijah, Qaseh tak nak pergi ke program tu," keluh Cahaya Qaseh sambil merenung tepat anak mata sahabatnya.

"Kalau ikutkan hati, Khadijah pun tak nak pergi, tapi apa kita boleh buat?" Suara Khadijah turut berbaur keluhan. Riak-riak keresahan jelas terpancar pada wajah mereka. Pelbagai andaian berlegar-legar di kotak fikiran sebaik sahaja pihak sekolah mewajibkan semua calon SPM untuk mengikuti satu program motivasi anjuran sebuah pertubuhan belia. Program itu diadakan selama tigahari dua malam di sebuah pusat rekreasi yang terletak jauh dari sekolah. Kem Cancun Park, itulah tempatnya. Dari Pantai Timur, mereka akan bermusafir nun jauh ke Johor.

Calon SPM disekolah itu melibatkan pelajar aliran sains, sains teknikal dan perdagangan. Semua nya memperjuangkan 11A1 dalam SPM kecuali pelajar aliran perdagangan yang memperjuangkan 10A1.

"MasyaAllah, tak tahulah macam mana keadaan program tu nanti. Selalunya, program anjuran pihak luar ni sosial sikit, dah la program tu melibatkan calon STAM dari Sekolah Agama Taman Uda" Khadijah menarik muka resah. Hatinya berprasangka.

"Setiap peserta diminta duduk dalam kumpulan masing-masing membentuk bulatan-bulatan kecil. Duduk bersila!" Arahan daripada seorang abang fasilitator amat memeranjatkan.

Pelajar-pelajar mula bergegas mencari kumpulan masing-masing lalu duduk seperti yang diarahkan. Namun, kaki dua orang sahabat itu masih terpacak dengan fikiran yang buntu. Tidak lama kemudian, Kak Sue datang menghampiri.

"Alhamdulillah, kita sekumpulan. Kumpulan kita diminta duduk disini," Kak Sue bersuara. Wajahnya tidak terpancar kegembiraan walaupun mengungkap "Alhamdulillah". Masakan tidak, lima orang pelajar lelaki beraliran Thanawi calon STAM turut mengekorinya.

"Ini kumpulan Satu?" Salah seorang daripada mereka bertanya. Kak Sue menjeling sekilas kemudian mengangguk. Mereka duduk dalam satu bulatan.

"Ikan besar ni lambang macho. Err, macam saya. Selalunya, orang ingat ikan besar makan anak ikan. Sebenarnya, tidak semua ikan besar macam tu. Tengok ikan ni, anak-anak ikan ikut dia. Itu tandanya ikan ini bertanggungjawab, berkepimpinan serta melindungi. Mm, pun macam saya, pendek kata, saya lelak macho yang baik. Jadi, sesiapa pun tak perlu takut." Terang Firdaus.

"Eleh perasan la pulak mamat nie. Dah la kurus pastu koya smart plak." Ngomel Khadijah.

"Terpandang pada putik bunga kelapa yang jatuh berguguran, saya rasa tiada masa nak banyak ketawa. Saya takut ketika Allah menarik nyawa, saya tiada masa nak mengucap dan mengingatiNYA. Saya sedar, kalau banyak ketawa, hati mudah mati, lalai dan alpa. Semoga kita semua dijauhinya." Cahaya Qaseh puas dapat menyampaikan mesejnya.

"Hah, dengar tu! Tak boleh banyak sangat ketawa, kena berpada-pada," Kak Sue mengingatkan. Pelajar-pelajar lelaki tersengih nakal disindir Kak Sue. Pedas tu, fikir mereka.

"Amal kami tak macam antum semua agaknya, amal antum tentu banyak. Contohnya, antum tak pernah tinggalkan sembahyang. Bertuah antum. Harap-harap, dapat sulaminya dengan penuh keikhlasan," celah Khadijah.

"Insaf betul duduk dengan akhowat ni."

"Uihh, bisa-bisa sungguh! Macam kena tusuk duri."

Suara-suara kedengaran. Nampaknya, mereka betul-betul rasa terpukul dengan kata-kata Cahaya Qaseh dan juga Khadijah, bisik akhowat.

"Terima kasih, Qaseh. Kini tibalah giliran Khadijah. Silakan Khadijah," pinta Kak Sue.

"Pohon Semalu, pantang disentuh pasti menunduk sopan, tapi durinya tetap tajam berceracakan." Serangkap madah dijadikan pembuka bicara. Masing-masing terdiam seketika. Apabila Khadijah cuba membuka bicara lagi, satu usikan dari Firdasu diterimanya.

"Tapi, pohon semalu tumbuh melata atas tanah, susah saya nak main bola. Biasanya ia tumbuh di tengah padang." Firdaus cuba mengenakan Khadijah.

"Durinya tu tajam. Saya dah pernah terpijak. Aduhhhhh, sakitnya! Itu tak dinamakan menyusahkan orang?" uji Mail.

"Orang yang terpijak duri semalu tu, orang yang tak pakai selipar. Dia tak pandai nak berhati-hati, padanlah mendapat ikhtibar daripada pohon semalu." Pedas jawapannya. Tersirat 1001 makna.

Masa pantas berlalu, Hari terakhir di Kem Cancun Park hadir jua. Hari ini adalah hari yang cukup dinanti-nantikan oleh sebahagian peserta. Mereka tidak sabar pulang ke sekolah dengan membawa harapan dan semangat baru.
Sebuah pertemuan yang tak disengajakan juga terjadi antara Firdaus dan Khadijah, namun hubungan meraka hanya lah sekadar berteman biasa sahaja kerana pada waktu itu Firdaus sudah pun memiliki Exora.

Kenangan yang bertamu mengusik Khadijah untuk mencoret sesuatu kepada Cahaya Qaseh. Tangan nya rancak menaip di keyboard. Kerinduan diluahkan.

No comments: