Pages

Tuesday, May 31, 2011

Abah My Hero....

Sering kali ku berbicara tentang UMMI ku..
Sering kali ku bercerita tentang UMMI ku..
Sering kali ku meluahkan cinta,kasih dan sayang ku mengenai UMMI ku.
Kini izinkan ku berbicara dan meluahkan cinta ku pada ABAH..

ABAH..
Seorang lelaki yang berusia awal 50an.
Terlalu sempoi tapi tegas.
Maybe along ikut cara ABAH.
Sebab abah cara nya bila ada masalah abah muka cm ok,tapi sebenar nya hati Allah je yang tahu.
Seperti contoh,cm Motor kena "kidnap",rumah hampir terbakar dan ummi cedera.
Abah bersikap biasa seolah2 macam tak de masalah tapi hakikatnya hati dan fikiran abah dah cm nak nangis dan berfikir kedepan....ABAH memang hebat.
Sembunyikan kedukaan dan tanggung beban sorang2...
Along tahu ABAH,
ABAH cuba selindungkan susah hati abah.
Bak kata orang kelantan.."jem otak".maksud nya cm blur...
ABAH
Setiap detik along doakan abah dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik.
ABAH la hero along,
biar lah dunia mengatakan along anak manja UMMI ABAH...
along akan jawab..."YES SAYA ANAK MANJA UMMI ABAH DAN SAYA BANGGA JADI ANAK MANJA UMMI ABAH.MEREKA ADALAH YANG TERBAIK PERNAH SAYA MILIKI."

Seandainya ada orang nak jadikan along isterinya.
Along harap orang itu akan jadikan UMMI ABAH sebagai UMMI ABAH nye juga.
Akan sayang UMMI ABAH mcm along sayang UMMI ABAH.
Akan mencintai UMMI ABAH mcm along cintakan UMMI ABAH..

Hakikatnya..UMMI ABAH adalah yang terbest.
dan ABAH adalah HERO along..
ketegasan abah disaat mendidik along tentang agama...
ketegasan abah disaat memastikan along pandai membaca Al-Quran dan ketegasan abah memastikan along solat lima waktu....itu adalah yang terhebat along miliki....
Sempena genap umur along 23tahun,terima kasih yang tak terhingga untuk UMMI ABAH kerana melahirkan along dan membesarkan along cukup AGAMA & kasih sayang.


Saturday, May 28, 2011

Sedih

Tetibe sayu dan sedih...
Hanya itu mampu ditafsirkan oleh sekeping hati....
Hurm...
Redha,Sabar,Tabah,dan Cuba kuatkan kaki untuk terus melangkah...
Hanya DIA yang satu Maha Tahu bahawa hatiku kini terluka....:(

Wednesday, May 25, 2011

Semoga Ummi Cepat Sembuh~~

Benarlah kata pepatah jika ada something yang berlaku pada salah seorang sama ada terjadi pada anak,ibu atau bapa yang akan terasa sesuatu perasaan...begitu jua dengan anak seandainya terjadi sesuatu pada ibu mahupun ayah....

Terasa jua pada diriku selaku anak sulung...
Pada kelmarin lagi terasa macam nak balik kg untuk jumpa ummi abah dan adik2.

pada jam 1.30 tengahari ku ke surau berdekatan untuk menunaikan Solat Zohor.Seusai salam ku terdengar siren ambulance dan juga bomba...terdetik dihatiku akan keadaan keluarga ku dan berdebar-debar seolah2 sesuatu terjadi....
Setelah itu ku sambung untuk melakukan kerja yang masih bersisa.
Mood ku tibe2 berubah sayu...betul2 macam tak sedap hati.
Dalam hati tidak lepas berzikir "Bismillah Hillazi La Ya D'hu Rhu Mha Ass Mihi Shaiu'n Fill Ar Dhi Wala Fisshamai' Wahuwhashami' Ul'A'lim"

Setelah tu ku dengar nasyid Azimat Ibunda dari Far East...
Sayu..berdebar dan terasa sedih..
Jam 4.05 petang ku menerima panggilan dari makcik ku atau ku panggil "Cik".
Menyatakan bahawa UMMI ku mengalami kecederaan.
Luluh dan stop jantung hati Along bila mendengar berita itu.Terasa ingin sampai segera disisi UMMI.

Bertolak pulang ke Tanah Merah bersama "Cik",
Selepas itu singgah Di Tahfiz untuk mengambil adik lelaki ku untuk dibawa pulang bersama.
Sepanjang perjalanan tidak henti ku berdoa agar UMMI ku selamat dan semoga Allah meredakan kepedihan dan kesakitan yang ummi alami...

Sampai sahaja dirumah,ramai saudara mara yang datang..
Ku mencium tangan abah dan segera mendapatkan UMMI..tanpa mempedulikan saudara mara disekeliling.
Sebagai Kak Long,ku menahan air mata mengalir dan berlagak seperti seorang muslimah yang kuat.Demi UMMI dan adik2.Rupa UMMI ku tidak seperti biasa.Bengkak,Terbakar...itu tidak membuatkan ku jauh dari UMMI malah ia membuatkan ku dekat dan masih mengenali.Bersyukur jua bila adik2 pun dapat dekat dengan UMMI.

Mendengar penerangan dari abah tentang kejadian ini membuatkan ku teringat kisah "Tragedi Hari Ibu" baru2 ini yang mengorbankan seorang jururawat dan merupakan ibu kepada 3 cahayamata yang masih kecil.
Alhamdulillah,UMMI ku masih diberi umur yang panjang.

Alhamdulillah juga kerana ada jiran yang membantu UMMI memadamkan kebakaran didapur rumah.

Berada disisi UMMI adalah satu kelegaan buat ku.
Dan ku berpeluang menjadi 'Jururawat' tak bertauliah untuk ummi ku.
Andai kata bisa ditukar ganti sakit itu biar ku sahaja yang menanggung nya.

UMMI,
Pada mulanya ku tahu UMMI menanggung kesakitan lain,Kini dirimu diuji lagi dengan kesakitan.
Semoga Ujian yang Allah beri Ummi hadapi dengan tabah dan sabar.
Along doakan Ummi kuat menghadapinya,
Dan semoga kesakitan dan ujian ini menghapus dosa2 Ummi.



"YA ALLAH,ENGKAU SESUNGGUHNYA MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYEMBUH.ENGKAU UJI UMMI KU DENGAN KESAKITAN,MAKA ENGKAU SEMBUHKANLAH SAKITNYA INI YA ALLAH.AMIN YA RABB"

Sayang UMMI sangat2.........Dari Along.

Monday, May 23, 2011

Gaji

Hurm alhamdulillah rupa-rupanya sudah 1 bulan, 23 hari, ku bergelar seorang Pegawai Operasi di SMCP...Khidmat untuk orang2 Palestin...semoga niat ku di terimaNYA.......membantu saudara sesama islam di Palestin,mempertahankan Islam dan mencari pengalaman serta belajar...

Ye la kan..
 tiada alasan untuk berhenti dari belajar...setiap saat dan waktu merupakan belajar...
Bila ada di SMCP,KB nie banyak yg dapat ilmu baru..wlau tak banyak...
kalau dah kerja mesti dapat gaji kan.
bila sudah dapat memegang gaji walau tak seberapa
rasa cm banyak benda nak dibuat dgn gaji yang dapat tu
walau hanya sekadar cukup je duit tu....




MANAGE GAJI:-

RM100-space untuk ummi abah

RM100-space untuk keperluan sendiri.

RM50-nak kasi nenek.(ye la,cucu sulung katakan..nak kasi nenek beli brg2 dapurnya)

RM50-space untuk kecemasan

RM100-space untuk bantu ummi abah dalam hal persekolahan adik2....(hurm tak banyak nak kasi,tapi boleh skit2)

RM100-simpan dalam akaun Tabung Haji (mana la tau kan..kot2 dapat  bawak ummi abah g Mekah).Kumpul skit2 lama-lama jadi la bukit nya...insyaAllah

RM100-simpan dalam akaun CIMB untuk menabung...(save bajet untuk kawen...hehehe)

 RM100-save untuk beli laptop sebab nak guna untuk gerakkerja J nnt...tak mampu nak kasi duit banyak tapi cukup la dgn keringat nie dan laptop yg berjasa...

Pastu kalau ada lebih2 skit nak beli kereta atau motor...(^_^)

Walau gaji tak le sampai beribu @ BERJUTA2 tapi cukup la apa yang ada asalkan halal dan sedikit sebanyak dapat la jugak ringankan beban UMMI ABAH TERSAYANG...




Sunday, May 22, 2011

Ummi Oh Ummi


Ummi,
Mendengar dirimu sakit di kampung halaman,hatiku menjadi tidak keruan.
Pelbagai perasaan dan memikirkan akan kesakitan yang Ummi tanggung,
Kalau boleh ingin je terus berada disisimu yang dalam keadaan lemah tak bermaya,
Namun banyak tugas yang harus diselesaikan untuk "kita" semua.
Terpaksa berkorban berjauhan dari keluarga demi mencari pengalaman dan erti sebuah perjuangan.
Dalam apa jua ku tidak sesekali melupakan mu Ummi ku...
Setiap saat dan detik ku mendoakan agar kesakitan yang Ummi tanggung akan disembuhkanNYA dan berharap ummi kembali bertenaga dan kuat dalam menjalani kehidupan seharian mahupun amal ibadah.

Hanya rindu dan doa buatmu Semoga kau tenang dan bahgia Agar syurga menjadi milikmu
Bukan hanya di telapak kakimu
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu

Ummi,

Menumpang di segenap ruang Yang ada di lubuk perkasihan
Begitu indah setiap detik di dalam rahimmu
Tiada lafaz yang mampu diluahkan bila kita berjauhan.
Dirimu jauh dari pandanganku,namun hati ku sentiasa berbisik rindu padamu Wahai Ummi.
Kesibukan waktu telah menjarakkan jasad kita namun tidak sekali menjarakkan hati kita.
Ku menangis dan susah hati bila mendengar khabarmu yang sakit sejak akhir2 ini.
Gelisah memikirkan keadaan Ummi.
Kesempatan untuk pulang ke kampung hanyalah sementara waktu.
Tidak puas ku menatap wajah mu yang lemah dan tidak berdaya itu.
Belum puas ku mencium pipi mu.
Belum puas ku berbicara dihadapan mu..

Ummi,
Sesungguhnya ku amat mencintaimu,menyayangimu dan merinduimu selalu.
Doaku agar Ummi segera sembuh dari dugaan sakit ini.
"YA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG DAN MAHA PENYEMBUH,
ENGKAULAH TEMPAT KU MEMOHON DAN MEMINTA PERTOLONGAN,
ENGKAU SEMBUHKAN LAH KESAKITAN YANG UMMI KU ALAMI,
ENGKAU TABAHKANLAH HATINYA MENJALANI UJIANMU INI,
ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI,
SESUNGGUHNYA KU AMAT MENYAYANGI UMMI KU,
KU TIDAK SANGGUP MELIHAT KESAKITAN YANG DITANGGUNGNYA,
OLEH ITU YA ALLAH,ENGKAU SEMBUHKANLAH SAKITNYA.AMEEN YA RABB A'LAMIN...

Ummi,

Di tirai malam aku bersandarkan Pada dinding kepiluan
Bersenandungkan merdu suara alam
Terlena di rajutan rindu Tiada yang terindah di dunia
Dapat mengganti hilangmu
Pilihan yang terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu
Sehingga teramat asyik Setiap saat di pangkuanmu
Keperitan itu kau rasa indah demi anakmu


Ummi,
Setitis air mata ibu
Yang gugur kerana kesedihan
Segaris luka di hati ibu kerana kederhakaan Tertutup pintu syurga
Jika tiada keampunannya
Azimat ini ku tanam di lubuk hati yang paling dalam

Ketahuilah sesungguhnya ku amat menyayangi mu UMMI KU.....




Yang Menyayangi mu Ummi,

Anakmu..................

Friday, May 20, 2011

Mencintai Dia Dalam Diam

“ Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )
Cukup cintai dia dalam diam.

Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..
Maka cintailah dia dengan keikhlasan.

Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk

“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..
” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)

Wednesday, May 18, 2011

Nikah Khitbah Satu Alternatif

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, August 23, 2010 | Category: 




Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan




1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini ,Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.


2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .


3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .


4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala


Firman Allah swt yang bermaksud :


dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .




An Nuur : Ayat 32


5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :


  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :


  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :


  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.


7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks ,maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .


8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .


9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .


10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]


11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .


12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.


Perbahasan Hukum


13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.


14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :


a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .


b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .


15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .


16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti

WAJIB DIBACA! kepadasesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!



Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAUlebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini...
Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam...kenapahal ini boleh terjadi??
Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ ...yang betul-betul pakar dalam bab 'Orang-orangPerempuan ini' kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak...(saya rasa ramai yang bersetujudengan pandangan saya ini)
Contohnya saya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ;"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?" pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang mereka belajar sejak mula-mula'bergelar wanita' dulu"
Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa...
Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun.
Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur. Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yangluas, inilah bukti kehebatan ulama' terdahulu.
Dalam BAB TIGA :" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..."perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :
PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID:
Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :
1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asarsebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.
2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'.
"Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)
HURAIAN MASALAH :
1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar,maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)
2. Kenapa pula solatZohor juga perlu diqadha sama?- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnyasudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.
3. Dalam perkara solat subuh pun sama :-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh,kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu diqadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2)cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.
Diharapkan tulisan saya ini memberi kesedaran kepada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu 'Fiqhul Nisa' ini yangberkaitan dengan diri mereka sendiri!!!
TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA !!!Salam Sayang dari Saya Kepada Semua Kaum Muslimat
( AMIRUL AMIN )