Pages

Sunday, November 10, 2013

Menghitung Hari...Detik Demi Detik

sedar tak sedar tahun 2013 sudah berada di bulan November....
1435H baru menyapa kita.....kini sedang membilang hari menghitung waktu....
masa yang berbaki beberapa hari sahaja lg....
debaran namun tidak dapat diluahkan macam mana perasaan debaran tu....
sebelum2 ni buat persiapan fizikal namun sedikit terleka dan terlalai untuk mempersiapkan rohani dan mental untuk bergelar sebagai seorang isteri....
macam mimpi tapi insha ALLAH ini lah realiti.....
YA ALLAH ENGKAU PERMUDAHKANLAH URUSANKU UNTUK BERGELAR SEORANG ISTERI...PERMUDAHKANLAH URUSAN PERNIKAHANKU NANTI,Aamiin Ya Rabb

Saturday, June 30, 2012

Terima Kasih ALLAH sebab masih bagi "pinjam" abah kat kami

8-June-2012
tarikh yang tak akan ku lupa dalam minda....
Jam di tangan menunjukkan 5.20 pagi..Sampai sudah destinasiku dari Tanah Merah - Hentian Putra...
Setengah jam kemudian kaki terus melangkah ke Stesen Komuter Putra - Batu 3.....
tepat jam 7pg gelisah hati menanti teksi utk sampai ke rumah sewa,gelisah kerana Subuh ku agak terlewat dari biasa....
.ku sampai dirumah di Briendsfield,Sek 13 Shah Alam tepat jam 7.15 pg.......
Selesai solat subuh,ku terlelap seketika untuk menanti waktu utk berjumpa Mentor ku bagi membolehkan sesi pendaftaran semester 2......

Jam 10 pg ku bersiap utk pergi ke Campus untuk selesaikan sesi pendaftaran...Tudung Mesir bidang 60 berwarna pink menjadi pilihan beserta baju kurung krim berbunga pink..Menuruni langkah kaki dengan ungkapan Bismillah diselangi tawakal agar segala urusan pd hari ini dipermudahkan...Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.Namun setelah menuruni tangga Campus hp ku menunjukkan missed call daripada "Jannati" ini bermakna panggilan dari rumah ku dapat....

Hati mulai resah,ku mendail semula dan bercakap dengan adik bongsuku,Irfan dan bertanya kenapa call along???Adik dengan nada sayu dan lemah memberitahu abah masuk hospital...Ku fikir adik hanya main2 dan mungkin sakit abah tak serius...

Tiba2 sepupu ku,Kak Chik menelefon utk mengajak ku pulang ke Kelantan dengan segera...Debaran didada makin kuat,dipertengahan perjalanan baru ku tahu abah mengalami sakit jantung dan keadaan makin tenat sehingga di bawa ke hospital HUSM,Kubang Kerian di wad Kecemasan berlaku pertarungan nyawa...Sejam lebih abah disahkan meninggal dunia...Allahurabbi.

Selepas azan asar,Alhamdulillah jantung abah kembali berdenyut...tatkala keadaan getir sebegini aku masih diperjalanan..terasa Kuala Lumpur- Kelantan sgt2 jauh....dan aku singgah dikedai utk membeli nasi goreng pattaya kpd ummi kerana aku tahu ummi pasti tidak menyentuh sedikit pun makanan...
Betul tekaan ku,sampai di Hospital HUSM,wad CCU saudara mara memberitahu yang ummi masih belum makan...aku salam dan cium pipi ummi sambil ucapkan"ummi,kuat...kena makan"...
Namun ummi ku memberitahu yg abah ingin berjumpa dengan ku.
Ku mencium tangan abah sambil menangis melihat keadaan abah yg penuh dgn wayar2 keadaan sgt2 lemah...


Malam itu kami bermalam di rumah adik abah,makcik kami di Panji,dekat dengan Hospital...
Malam itu juga solat hajat,bacaan Yasin dan doa yg tidak henti2 mengharap ALLAH JANGAN AMBIL ABAH DARI KAMI LAGI....
3hari mata ku bengkak kerana merayu meratap dan mengharap hanya pada DIA agar JANGAN AMBIL ABAH LAGI DARI KAMI...KAMI MASIH MEMERLUKAN ABAH,...
Aku selaku kakak sulung harus kuat untuk ummi dan adik2...walau hatiku benar2 sakit dan takut...Hanya pada DIA aku berharap...Alhamdulillah DIA Maha Mendengar.

 Alhamdulillah segalanya telah selamat....
3minggu aku mengambil cuti bg membolehkan diri ini membantu ummi menguruskan adik2 yg masih bersekolah....Tempoh 1minggu pertama 3kali sehari aku memandu ulang alik dari rumah cik ke hospital,minggu 2 aku pulang ke Tanah Merah untuk menguruskan adik2 yang bersekolah...3kali memandu utk ulang alik hantar ambil adik2 sekolah...baru tau penatnya memandu..
kini ku tahu betapa beratnya tanggungjawab ummi abah....
ALONG SAYANG UMMI ABAH...terima kasih ALLAH sebab masih bagi "pinjam" abah kat kami sekeluarga...kerna KAU tahu yg aku masih tidak mampu........

Monday, February 27, 2012

Hati Yang Makin Terasa

Allahurabbi....aku merayu padaMU...aku mengadu padaMU Ya ALLAH...
kenapa mesti "dia" wujud disaat aku bahagia tanpanya???
kenapa mesti "dia" datang?
Untuk apa lagi??
Saya sudah memaafkan nya tapi untuk melupakan setiap garis luka yang tercipta dihati ini tak mudah untuk saya lupakan...Saya hanya insan biasa...

Subhanallah...Aku tak kuat Ya Allah....
Bawalah "dia" jauh2 dari pandangan ku Ya ALLAH....
Aku tidak perlu kewujudannya dari hidupku...
Aku bahagia tanpa nya disisi aku....

Setiap kali kau marahi diriku ini 
Tergugur jantungku tergaman membisu 
Setiap kali kau kasariku tak mengerti 
Kau berjanji tidak kau ulangi lagi 

Tiada guna kita bersama 
Jika jiwa merana 
Akulah wanita 
Di sini nokhtahnya, jangan kau cabar 

Aku bukannya selemah yang kau sangka 
Aku tak rela diseksa, haa! 
Beranikah lagi bersemuka 
Rasakan kuasa, tamparan wanita 

Perasaan cinta tiada lagi di dada 
Hanya perasaan takut menghantu minda 
Mana bisa ku percaya... janjimu dusta 
Lihtalah saja luka daku kau dera 

Tiada guna berkata-kata 
Masanya sudah tiba 
Akulah wanita 
Tidak lagi gentar... jangan kau cabar 

Aku perlu berdiri tanpamu 
Berani berdiri kerana benar




Friday, February 17, 2012

Masihkah Ada Sinar...

Part 7

Kekecewaan Terus Menerjah

Sekali lagi Firdaus melukai hati Khadijah, dan kali ini lebih lagi mengecewakan hati dan perasaan Khadijah yang selama ini setia padanya. Firdaus mula membuat perangai lamanya dan sentiasa mencari kesalahan Khadijah. Semakin hari semakin tawar hati Khadijah terhadap Firdaus.Khadijah cuba menyerah dirinya 100% hanya pada ALLAH.Mengadu,mengharap,meminta dan terus menyerah padaNYA Yang Maha Esa.Hati Khadijah tenang ketika ini.Dia telah meletakkan bahawa jika ada jodohnya dengan Firdaus maka adalah namun jika tiada dia redha mereka terpisah jauh.

Sekali lagi Khadijah merasakan bahawa Firdaus mempunyai wanita lain dibelakangnya.Benarlah kata pepatah,sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua.Akhirnya Firdaus melepaskan Khadijah kerana alasannya bahawa ibu Firdaus tidak sukakan wanita yang bukan dari sekolah agama, dan alasan lain nya kerana Firdaus tidak mahu melukakan hati Khadijah. Akhirnya hubungan mereka terlerai jua diatas permintaan Firdaus.

Gelora dihati Khadijah tidak terhenti disitu.Kerana dia terlihat bahawa alasan sebenar Firdaus memutuskan perhubungan mereka adalah disebabkan oleh hubungan Firdaus dengan adik angkatnya yang kini sudah naik pangkatnya menjadi teman wanita Firdaus,iaitu Exora. Disebalik itu jua Firdaus berani memberitahu di Facebook nya bahawa dia telah menjadikan adik angkatnya teman wanita baru nya. Sungguh tidak adil bagi Khadijah kerana semasa mereka bersama, Firdaus tidak mahu Khadijah menonjol di FB Firdaus,tapi teman wanita baru nya ini yang juga merangkap adik angkat nya boleh di hebohkan dan siap bersayang2 lagi. Paling Khadijah terkilan bila hubungan mereka berdua terjalin 4 bulan sebelum mereka terpisah.Ini bermakna Firdaus telah menduakannya.

Khadijah tidak merasa sakit seperti dulu.Dia mampu meneruskan hidup kerana dia yakin dan lebih tenang bersamaNYA.Hidup Khadijah diabdikan kepadaNYA.Solat taubat,qiamullail menjadi rutin hidupnya.Kini hidupnya tidak mengharapkan kehadiran insan yang bergelar lelaki lagi.Perpisahannya dengan Firdaus dirahsiakan daripada pengetahuan Umminya yang mengharapakan Firdaus menjadi menantunya,namun mustahil bagi Khadijah kerana lelaki itu tidak memberikan kebahagiaan kepadanya walau Firdaus pandai mengambil hati seluruh ahli keluarganya terutama ummi Khadijah.

Khadijah merahsiakan perpisahannya dengan Firdaus daripada pengetahuan Ummi tersayangnya.Dia tidak mahu umminya tahu akan keburukan tentang Firdaus,baginya biarlah umminya marah dan menganggapnya salah asalkan umminya tidak pandang serong pada Firdaus dan menjaga aib Firdaus.


Dirumah ibu saudara Khadijah di Taman Tenaga,Melaka Khadijah pergi bercuti untuk menenangkan fikirannya. Beberapa bulan kemudian,Khadijah mendapat pengkhabaran bahawa Firdaus akan bertunang dengan Exora. Dalam riak muka yang redha sebenarnya terselit rasa terluka dihati.Ditabahkan jua perasaan itu dikuatkan jua semangatnya untuk melupakan lelaki yang pernah mencuri hatinya itu. Seusai solat berjemaah bersama ibu saudaranya, Puan Rohana, Khadijah menangis dibahu ibu saudaranya seolah-olah menangis dibahu umminya. Ibu saudaranya memeluk Khadijah seakan-akan memahami benar derita anak saudaranya itu. Khadijah menelefon Umminya untuk memberitahu khabar ini,dalam nada yang agak perlahan Puan Rohani dapat mengagak bahawa puterinya sedang menangis dan menanggung kecewa yang dalam.Dipujuk puterinya agar menerimanya sebagai takdir dan meneruskan langkahnya demi masa hadapan yang masih jauh."Khadijah masih muda, sayang.Jangan kerana lelaki kamu jatuh.Kuatkan semangat,ummi sayang kamu wahai puteriku".Kata-kata Puan Rohani membangkitkan semangat puterinya Khadijah.

bersambung.....

Friday, December 30, 2011

Alhamdulillah..Disebalik kedukaan ada kebahagiaan

hurmmmmmmmmm dah dekat 2bulan Ezzah bergelar pelajar ijazah sarjana muda....
Bakal jadi cikgu.(haaa seronok la tu dapat jadi cikgu.)...hehe insyaAllah ada rezeki dpt jadi cikgu yang mendidik anak2....
hurmmm hati pun dah makin melupakan peristiwa yang menyakitkan dan telah melupakan orang2 yang tak sepatut nya diingati...
maaf la KAMU kalau saya lupa yang saya pernah menjadi sahabat awak....cukup sekali awak memainkan ketulusan saya.....saya dah serik hatta menjadi kawan awak.....
Kini saya bahagia tanpa AWAK disisi saya.....
saya juga bahagia dengan mereka2 yang ada disisi saya sekarang.....hurmm

Bila difikir..kenapa nk kenang kisah2 yang melukakan?
mereka bukan kisah hati dan perasaan saya pun.
So saya kena kuat...kuat utk terus melangkah kehadapan..
mereka tersenyum gembira sedangkan saya menangis mengharap..
semua tu sia2..tak mendatangkan kebaikan pun
biarlah...biar mereka bahagia setelah apa mereka lakukan pada saya..
saya tak kisah dan saya takkan ambik kisah lagi...
Biarlah ayat2 cintaNYA merawat luka ini yg dah semakin pulih.
Saya yakin pasti ada yang akan menghargai diri ini dan menerima seadanya saya.

Kelembutanmu Tiada sehalus perasaan 
Untuk dilukiskan pengertian 
Pada suatu Percintaan Manisnya cinta Terselit duri yang menyakitkan 
Namun ku teruskan penitian 
Mendekati hatimu Percintaan dalam sengsara 
Tanpa pengertian Namun ku iringkan Keyakinan 
Ketabahan tercalar luka 
Dikau ku lepaskan 
Setelah hati terkorban Disusuk duri kelukaan Kehilanganmu atas sebuah kerelaan 
Walau keasingan dalam luka Mengisi Masaku......



Wali Band – Puaskah

Puaskah kau lukaiku
Puaskah kau sakitiku
Puaskah khianatiku
Puaskah hoo.. Sayangku

Di manakah nuranimu
Di mana akal sehatmu
Sekarang kau campakanku
Setelah kau dapatkanku

Reff:
Mungkin hanya bila ku mati
Kau ‘kan berhenti ‘tuk menyakiti
Sampai kapan aku begini
Terus begini
Terus engkau lukai

Ingatlah saat yang lalu
Saat kau peluk diriku
Tapi kini semua lalu
Kau tega khianatiku

Back to Reff