Pages

Monday, February 27, 2012

Hati Yang Makin Terasa

Allahurabbi....aku merayu padaMU...aku mengadu padaMU Ya ALLAH...
kenapa mesti "dia" wujud disaat aku bahagia tanpanya???
kenapa mesti "dia" datang?
Untuk apa lagi??
Saya sudah memaafkan nya tapi untuk melupakan setiap garis luka yang tercipta dihati ini tak mudah untuk saya lupakan...Saya hanya insan biasa...

Subhanallah...Aku tak kuat Ya Allah....
Bawalah "dia" jauh2 dari pandangan ku Ya ALLAH....
Aku tidak perlu kewujudannya dari hidupku...
Aku bahagia tanpa nya disisi aku....

Setiap kali kau marahi diriku ini 
Tergugur jantungku tergaman membisu 
Setiap kali kau kasariku tak mengerti 
Kau berjanji tidak kau ulangi lagi 

Tiada guna kita bersama 
Jika jiwa merana 
Akulah wanita 
Di sini nokhtahnya, jangan kau cabar 

Aku bukannya selemah yang kau sangka 
Aku tak rela diseksa, haa! 
Beranikah lagi bersemuka 
Rasakan kuasa, tamparan wanita 

Perasaan cinta tiada lagi di dada 
Hanya perasaan takut menghantu minda 
Mana bisa ku percaya... janjimu dusta 
Lihtalah saja luka daku kau dera 

Tiada guna berkata-kata 
Masanya sudah tiba 
Akulah wanita 
Tidak lagi gentar... jangan kau cabar 

Aku perlu berdiri tanpamu 
Berani berdiri kerana benar




Friday, February 17, 2012

Masihkah Ada Sinar...

Part 7

Kekecewaan Terus Menerjah

Sekali lagi Firdaus melukai hati Khadijah, dan kali ini lebih lagi mengecewakan hati dan perasaan Khadijah yang selama ini setia padanya. Firdaus mula membuat perangai lamanya dan sentiasa mencari kesalahan Khadijah. Semakin hari semakin tawar hati Khadijah terhadap Firdaus.Khadijah cuba menyerah dirinya 100% hanya pada ALLAH.Mengadu,mengharap,meminta dan terus menyerah padaNYA Yang Maha Esa.Hati Khadijah tenang ketika ini.Dia telah meletakkan bahawa jika ada jodohnya dengan Firdaus maka adalah namun jika tiada dia redha mereka terpisah jauh.

Sekali lagi Khadijah merasakan bahawa Firdaus mempunyai wanita lain dibelakangnya.Benarlah kata pepatah,sepandai-pandai tumpai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah jua.Akhirnya Firdaus melepaskan Khadijah kerana alasannya bahawa ibu Firdaus tidak sukakan wanita yang bukan dari sekolah agama, dan alasan lain nya kerana Firdaus tidak mahu melukakan hati Khadijah. Akhirnya hubungan mereka terlerai jua diatas permintaan Firdaus.

Gelora dihati Khadijah tidak terhenti disitu.Kerana dia terlihat bahawa alasan sebenar Firdaus memutuskan perhubungan mereka adalah disebabkan oleh hubungan Firdaus dengan adik angkatnya yang kini sudah naik pangkatnya menjadi teman wanita Firdaus,iaitu Exora. Disebalik itu jua Firdaus berani memberitahu di Facebook nya bahawa dia telah menjadikan adik angkatnya teman wanita baru nya. Sungguh tidak adil bagi Khadijah kerana semasa mereka bersama, Firdaus tidak mahu Khadijah menonjol di FB Firdaus,tapi teman wanita baru nya ini yang juga merangkap adik angkat nya boleh di hebohkan dan siap bersayang2 lagi. Paling Khadijah terkilan bila hubungan mereka berdua terjalin 4 bulan sebelum mereka terpisah.Ini bermakna Firdaus telah menduakannya.

Khadijah tidak merasa sakit seperti dulu.Dia mampu meneruskan hidup kerana dia yakin dan lebih tenang bersamaNYA.Hidup Khadijah diabdikan kepadaNYA.Solat taubat,qiamullail menjadi rutin hidupnya.Kini hidupnya tidak mengharapkan kehadiran insan yang bergelar lelaki lagi.Perpisahannya dengan Firdaus dirahsiakan daripada pengetahuan Umminya yang mengharapakan Firdaus menjadi menantunya,namun mustahil bagi Khadijah kerana lelaki itu tidak memberikan kebahagiaan kepadanya walau Firdaus pandai mengambil hati seluruh ahli keluarganya terutama ummi Khadijah.

Khadijah merahsiakan perpisahannya dengan Firdaus daripada pengetahuan Ummi tersayangnya.Dia tidak mahu umminya tahu akan keburukan tentang Firdaus,baginya biarlah umminya marah dan menganggapnya salah asalkan umminya tidak pandang serong pada Firdaus dan menjaga aib Firdaus.


Dirumah ibu saudara Khadijah di Taman Tenaga,Melaka Khadijah pergi bercuti untuk menenangkan fikirannya. Beberapa bulan kemudian,Khadijah mendapat pengkhabaran bahawa Firdaus akan bertunang dengan Exora. Dalam riak muka yang redha sebenarnya terselit rasa terluka dihati.Ditabahkan jua perasaan itu dikuatkan jua semangatnya untuk melupakan lelaki yang pernah mencuri hatinya itu. Seusai solat berjemaah bersama ibu saudaranya, Puan Rohana, Khadijah menangis dibahu ibu saudaranya seolah-olah menangis dibahu umminya. Ibu saudaranya memeluk Khadijah seakan-akan memahami benar derita anak saudaranya itu. Khadijah menelefon Umminya untuk memberitahu khabar ini,dalam nada yang agak perlahan Puan Rohani dapat mengagak bahawa puterinya sedang menangis dan menanggung kecewa yang dalam.Dipujuk puterinya agar menerimanya sebagai takdir dan meneruskan langkahnya demi masa hadapan yang masih jauh."Khadijah masih muda, sayang.Jangan kerana lelaki kamu jatuh.Kuatkan semangat,ummi sayang kamu wahai puteriku".Kata-kata Puan Rohani membangkitkan semangat puterinya Khadijah.

bersambung.....