Pages

Sunday, December 26, 2010

Masihkah Ada Sinar...............

Part 5
RISIK

Pada hari raya ke-3 tahun 2010,kebanyakan pelajar sekolah rendah sk sri taman uda mengambil kesempatan cuti raya ini untuk membuat majlis reunion kerana hampir 10tahun terpisah dan kini mereka dapat berjumpa kembali. Disebuah majlis reunion pelajar sekolah rendah Hasrul datang bersama sahabat nya kerumah Khadijah.Disitulah sahabat Hasrul iaitu Zarul berkenan pada Khadijah yang sopan,bertudung labuh dan lemah lembut. Zarul merupakan seorang pemuda yang berusia 23tahun.Baru sahaja menamatkan pengajian nya di sebuah IPT.

"Hasrul,ana ada hajat kepada seseorang."Zarul agak segan untuk memberitahu Hasrul akan isi hatinya. Namun, dikuatkan juga semangat untuk menjelaskan kerana Hasrul bagaikan adik beradiknya sendiri.

Hasrul memandang Zarul. Senyuman melirik di bibir. Zarul bertambah segan. Biarpun dia seorang lelaki yang gagah seperti singa, namun dalam bab jodoh dia merasakan hatinya pengecut umpama tikus.


"Apa pandangan enta Hasrul?" tanya Zarul minta dinasihati.


"Ana rasa enta telah membuat pilihan yang tepat. Khadijah seorang gadis yang beragama, lahir dalam keluarga yang mementingkan agama dan insyaAllah bakal menjadi rumahtangganya sebuah keluarga yang taat kepada agama. Memang ana sangat yakin dengan agamanya." Kata-kata Hasrul semakin menguatkan keyakinan Zarul untuk memperisterikan Khadijah.

Selepas Zarul meluahkan hasratnya pada Hasrul,sehari kemudian Hasrul menghantar satu pesanan ringkas atau SMS kepada Khadijah.

"Ana mesej ni sebenarnya ada hajat, sebelum tu ana nak tanya dulu, enti dah ada teman istimewa ke belum?" Ucap Hasrul

Berderau darah Khadijah apabila sahabat sekolah nya itu bertanyakan hal itu. Khadijah menjadi keliru, tidak tahu apa yang perlu dijawab.Khadijah terkejut kerana dirisik oleh sahabat jemaah yang baru dikenalinya. Dia terlampau malu. Hatinya resah. Tiba-tiba wajah Firdaus menghantui fikiranya.Dalam masa yang sama, dia mendoakan agar Firdaus kembali seperti dulu.

Khadijah tidak dapat membohongi diri bahawa dia masih menanti lelaki itu.Khadijah merasakan dia tidak dapat lagi menipu diri. Dia juga turut merasakan bahawa hatinya menaruh harapan terhadap Firdaus biar sejauh mana pun Firdaus makin membiarkannya. Namun, hari-hari yang pantas berlalu, dia terus mengsibukkan diri di tempat mengundi di Dun Galas dan kemudian menjadi Sukarelawan setelah dia menamatkan pengajian nya di ipt.


"Entah bagaimana keadaan Firdaus sekarang. Masihkah dia setia menantiku? Ah, ku tepis rindu ini!"Dia mengelak mengambil tahu perkembangan Firdaus dan Zarul.

Resah dan gelisah Khadijah memikirkan lamaran Zarul. Kerana hati nya hanya lah untuk Firdaus.
Firdaus semakin berubah.Dari hari ke hari dia semakin menjauh.Namun Khadijah sering memujuk hati nya agar terus bersabar dengan kerenah Firdaus Mungkin disebabkan mereka berjauhan.


"Awk,kalau ada orang datang khitbah saya apa akan awak lakukan?",tanya Khadijah.


Firdaus membalas dengan nada yang biasa dan anggap persoalan itu tidak penting,"Entah,itukan hak awak.Awk terima je la kalau awak nak."Jawab Firdaus tanpa rasa pape pun.Terkedu Khadijah dan kecewa nya hanya Allah saja yang tahu...

Khadijah tetap tak berputus asa dalam membuat keputusan.Baginya sebuah perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang amat besar,jadi dia tidak mudah melatah dalam memberi jawapan.Dilepaskan keresahan dan pencarian nya pada Yang Maha Berkuasa.Disamping itu Khadijah bertanya pendapat kepada kakak kesayangan nya iaitu Muslihah.

Apakah keputusan yang bakal Khadijah buat?Adakah dia akan menamatkan penantiannya selama ini terhadap Firdaus?

bersambung.............

Tuesday, December 21, 2010

Masihkah Ada Sinar...............

Part 4 
KECEWA

ku sangka panas sampai ke petang rupa2 hujan di tengah hari........

Apa yang diharapkan tak selalu nya indah.Sekitar pertengahan tahun 2010,bermula lah episod yang menyakitkan hati.Khadijah sering diganggu dan dikacau oleh Exora.Konon nya nak kenal Khadijah.Padahal saje je nak kenakan Khadijah (eh tak baik plak bersangka buruk).

Sebab tekanan yang teramat sangat Khadijah buat la post kat pesbok nya."Apa perasaan korang andai tetibe no yang tak dikenali asyik mengganggu korang?"...disebabkan itu Firdaus naik berang dan maki hamun Khadijah.

Terkedu,terdiam dan terkaku Khadijah.Terkeluar segala kata-kata kesat Firdaus pada Khadijah.

"Awak ni suka sangat memburuk-burukkan orang. Hah!!beritahu kat semua orang masalah kita.Biar semua orang tahu.Dari awal lagi saya dah nasihatkan awak supaya jangan terlalu terbuka menceritakan segala hal kita di facebook,semua orang leh baca.Sial,bengong punya perempuan." tengking Firdaus.

Selama sebulan Firdaus menghukum Khadijah dengan tak menghantar message dan call kat Khadijah. Khadijah tak pernah putus asa untuk memujuk Firdaus sampai satu tahap Khadijah seolah2 mengalah.


"Awak,maaf la...saya tiada niat nak memburuk-burukkan sesiapa...lagi pun saya tak kasi tahu nama sesiapa pun." rayu Khadijah mohon agar dimaafkan.

"Aku pantang dengan perempuan yang degil macam engkau nie. Suka memburukkan nama orang. Aku tak sangka engkau perempuan jenis macam nie. Aku dah nasihat engkau,tapi engkau buat jugak. Ok,fine. Kita jangan berhubung selama sebulan. Aku nak tengok engkau macam mana.Ni hukuman untuk engkau." Marah Firdaus lagi.

"Sabar lah Khadijah, Kak Nurul faham perasaan Khadijah. Manusia tak semua sempurna. Mungkin ada masalah yang membelenggu Firdaus sekarang. Ada juga jenis lelaki yang tak pandai nak berterus terang dan ada tak pandai nak luahkan apa yang dia rasa." pujuk Kak Nurul, rakan sebilik Khadijah.

"Tapi kak Nurul, kerana sikap dia begitulah yang membuatkan Khadijah rasa bagai digantung tak bertali." Kata Khadijah perlahan." Meluahkan apa yang terbuku didada.

"Sabar la Khadijah. Ada hikmahnya apa yang terjadi ni Kak Nurul yakin kalian mampu hadapinya.Lagi pun dia masih belajar dan dah lama di Mesir,mungkin dia risau takut-takut dia gagal.Doa banyak-banyak dik."

Kata-kata yang terbit dari hati Kak Nurul itu kedengaran penuh pengertian. Buat masa ini, tidak terlintas langsung di fikiran Khadijah untuk memutuskan hubungan dengan Firdaus diatas apa yang berlaku sebagaimana yang dikatakan Kak Nurul tadi. Tetapi dia sungguh terharu mendengar nasihat itu. Kerana Kak Nurul walaupun junior Khadijah tapi dia menganggap Kak Nurul sebagai kakak angkat nya kebetulan teman sebiliknya itu sudah pun berkahwin diusia yang muda iaitu 24 tahun.

"Terima kasih Kak Nurul." Hanya itu yang mampu terungkap dari bibir Khadijah tanda menghargai nasihat itu. Hatinya terharu mendengar nasihat sahabatnya. Mereka berpelukkan dan berguguran airmata Khadijah.


"awk saya harap awak tak mengalah."kata-kata Firdaus pada Khadijah selepas apa yang Firdaus lakukan padanya dan selepas Firdaus menghukum dirinya disaat Khadijah mulai berputus asa dalam menjaga perhubungannya bersama Firdaus.Merana dan tersiksa jiwa Khadijah.Namun dicekalkan jua hati kecil nya untuk melalui hari-hari yang menyakitkan kerana sikap Firdaus yang terlalu ego dan bangga yang dia memiliki ramai peminat wanita.

Sebulan kemudian,hubungan mereka baik kembali namun tidak secerah dulu kerana hidup Khadijah sentiasa dirundung kedukaan, Khadijah seorang yang penyabar dan pemaaf.Namun sikap suka main-main Firdaus membuatkan Khadijah seolah-olah tak dihargai.Hari demi hari hidup Khadijah dibuai dengan kedukaan,menangis dan berdoa hanya itu mampu dilakukan untuk mempertahankan hubungan mereka.
Firdaus semakin berubah.Dari hari ke hari dia semakin menjauh dan semakin rancak menyakiti hati Khadijah dengan bermanja dengan perempuan lain yang dikatakan adik angkat nya yang sebelum ini dia membuatkan gadis itu menyukainya iaitu Mia Zara.Disamping itu juga la Firdaus menunjukkan pada umum yang dia mempunyai hubungan dengan Mia Zara sehingga membuatkan ramai kawan-kawan Firdaus bertanyakan hal ini pada Khadijah.Namun Khadijah sering memujuk hati nya agar terus bersabar dengan kerenah Firdaus. Mungkin disebabkan mereka berjauhan dan mungkin kerana Firdaus risau akan imtihan yang bakal tiba. Pujuk hati Khadijah sendiri.


"Awk,kalau ada orang datang khitbah saya apa akan awak lakukan?",tanya Khadijah.

Firdaus membalas dengan nada yang biasa dan anggap persoalan itu tidak penting,"Entah,itukan hak awak.Awk terima je la kalau awak nak." Jawab Firdaus tanpa rasa pape pun.Terkedu Khadijah dan kecewa nya hanya Allah saja yang tahu...

“Pasal perbualan kita ni, Khadijah tak payah fikirkanlah. InsyaAllah saya akan cuba lupakan Khadijah andai awak di Khitbah lelaki lain.”

Khadijah mengetap bibir, menahan sebak yang mula bersarang di dalam hati.

“Awak nak lepaskan begitu sahaja pilihan daripada Allah ini?” Khadijah menduga.

“Kalau diikutkan hati saya, siapa yang ingin melepaskan pilihan Allah ini. Tapi memandangkan bunga saya sudah berada di taman larangan, maka saya perlu mengalah.”

“Maaflah kalau awk merasakan soalan saya ini melampau.” Ada kesal yang hadir dalam hatinya.

“Tak apalah, segala-galanya kita serahkan pada Allah. Dia yang berhak menentukan segala-galanya. Kalau pun benar jodoh awk dengan sesiapa pun, saya terima dengan hati yang reda.”

Malam itu, Khadijah mengadu lagi kepada Penciptanya. Kerana Dialah yang amat mengetahui perasaannya kala itu. Khadijah tidak mahu air matanya gugur dengan sia-sia tapi biarlah air matanya gugur di atas sejadah pada malam hari.

"Ya Allah,seandainya dia benar untuk ku Engkau permudahkan lah segala urusan ku.Dan seandainya dia bukan milik ku Engkau jauhkan la diriku dengan nya.Sesungguhnya Engkau maha mengetahui yang terbaik untukkku."Khadijah menangis dalam doa nya.Memohon mengharapkan ada sinar dari Firdaus agar menyatakan bahawa Firdaus cintakan Khadijah.

Entah mengapa wajah jejaka itu muncul lagi menggamit doanya. Benar apa yang Firdaus katakan bahawa segala-galanya biarlah diserahkan pada yang Esa. Jodoh pertemuan itu ditangan Tuhan. Terasa diri tidak layak menyimpan impian untuk hidup bersama lelaki itu. Siapalah dia berbanding Firdaus. Khadijah terus menginsafi dirinya. Mengenang jua nasib nya sudah dibuang dan dibenci oleh ibu dan ayah Firdaus sendiri.



akan bersambung..........

Wednesday, December 8, 2010

Masihkah Ada Sinar...............

Part 3


BADAI

Khadijah merupakan seorang wanita yang baik,pemurah dan penyabar.Namun kisah cinta mereka teruji apabila Firdaus memberitahu Khadijah yang bekas kekasihnya sering mengganggunya dan meminta untuk mereka bersatu kembali.Hancur luluh hati Khadijah bila mendengar khabaran itu,Khadijah tekad untuk memberitahu wanita itu yang bernama Exora,supaya jangan mengganggu Firdaus.Namun Exora dengan berani mengadu hal itu pada ibu Firdaus,sehinggakan ibu Firdaus memandang serong pada Khadijah dan seolah2 membenci Khadijah tidak mengalah malah hubungan Khadijah dengan adik beradik Firdaus iaitu Angah dan Wahidah amat rapat.Mereka berdua ibarat adik beradik pada Khadijah.Namun disebab kan Exora jua la hubungan antara Wahidah dan ibu nya sedikit goyah.

Firdaus merebahkan badannya diatas tilam memandang siling dengan perasaan yang berbaur. Hasratnya untuk mendirikan rumahtangga nampaknya mendapat tentangan hebat daripada keluarganya, terutama ibunya sendiri. Ini kerana bermula dengan sikap Exora yang suka memburuk-buruk kan Khadijah kepada Ibu Firdaus. Sebagai seorang anak dia terpaksa akur walaupun hakikatnya dia yang merasa sakitnya.

"Ummi tak setuju Along nak berkahwin dengan Khadijah. Dia bukan dari sekolah agama. Bukan senang-senang aje Along nak terima Khadijah tu lagipun kita bukannya kenal lagi keluarga budak tu macam mana?" Tegas sekali suara Puan Sarimah menentang keputusan anaknya ini.

"lagi pulak Exora ada telefon ummi, dia bagitahu yang Khadijah dah sound dia supaya jangan kacau Along. Aii belum kahwin dah pandai nak sound-sound orang. Ini belum jadi isteri lagi." Jelas ummi nya lagi.

Firdaus terdiam. Entah mengapa sukar baginya untuk berterus terang kepada Khadijah tentang Exora mengadu pada ummi nya pagi tadi. Lidahnya seakan kelu untuk mengatakan apa sebenarnya yang menghantui mindanya. Dia takut akan kehilangan wanita itu jika diberitahu akan hal sebenar.

"Hati perempuan ni kita kena jaga Firdaus. Perempuan ni ibarat tulang rusuk. Kalau kita biarkan macam tu maka terus bengkok dan kalau kita berkasar nak luruskannya maka akan patah. Macam tulah dengan hati perempuan. Dah lah harapan dia nak kahwin dengan ko tak kesampaian, ditambah lagi persoalan yang ko cipta sendiri. Apa salahnya ko berterus terang aje. senang untuk dia terima hakikat walaupun pada awalnya agak pahit." Mail terus-terusan mengeluarkan pendapatnya.

"Aku takut dia terluka dan tak boleh terima alasan aku. Sebab aku tahu dia baik. Bukan macam Exora katakan tu. Aku kenal Khadijah." Keluh Firdaus perlahan.

"Setiap ujian yang Allah timpakan pada hambaNYA mesti ada sebab. Mungkin juga amaran daripada Tuhan suruh kita insafi kesalahan kita." pujuk Firdaus.

"Tapi kenapa?" tanya Khadijah. Hatinya memberontak ingin kepastian.

Firdaus masih diam. Tidak mampu untuk berterus terang.

Khadijah makin keliru dan tertekan.

"Tidakkah dulu Firdaus yang memberikan harapan kepadaku dan kenapa sekarang perlu musnahkannya. Aku perlukan penjelasan, bukannya terus membisu begini." Hati Khadijah terus memberontak.

"Tapi apa yang pasti, saya tetap sayangkan awak dan saya akan tunggu awak." sambung Firdaus lagi dengan tenang.

Sedang asyik Khadijah membaca sebuah artikal di laman web iluv islam, ada khabar dari kawan Firdaus yang juga teman baik nya iaitu Kak Hani.

"Nape ayat sedih jea dik kat wall FB?"

"Eh, mana ada...."

"ala tu yang Khadijah tulis nak pergi jauh dan mendoakan dia bahagia tu...pastu ayat macam orang putus cinta je?" jelas Kak Hani nya lagi.

"Sebenarnya dah lama Kak Hani nak bercakap dengan Khadijah ni, tapi masa yang tak mengizinkan."

"Ada apa Kak Hani? Bunyi nya macam penting jea?"

"Sebenarnya Kak Hani nak bertanya Khadijah tentang hubungan Khadijah dengan Firdaus. Masih macam dulu lagi ke?"

Pertanyaan Kak Hani itu menimbulkan kehairanan di hati Khadijah.
"Kenapa Kak Hani tanya macam tu?"

"Tak adalah. Baru-baru ni Firdaus ada datang rumah akak. Dia luahkan apa yang sedang dia alami. Dia sayang Khadijah, tapi Exora telah menceritakan sesuatu yang kurang elok tentang Khadijah sehingga ummi nya tak sukakan kamu dan mengharapkan kalian putus. Sedih dan sayu akak tengok wajah Firdaus malam itu."

Khadijah mengetap bibir mendengar cerita Kak Hani. Telinganya bagaikan disambar petir tetapi cepat-cepat dia beristighfar.

"Biarlah apa orang nak kata kak. Hanya Allah yang tahu kebenarannya." Khadijah menahan sebak yang tiba-tiba bertandang.

"Kak Hani kasihankan Khadijah, sebab tu Kak Hani beritahu. Biasalah mulut orang Khadijah.

Kalau mulut tempayan kita boleh tutup tapi ini mulut manusia." Bicara itu terhenti disitu.

Sedang asyik Khadijah mencari bahan-bahan untuk kajian serta rujukan nya dia di sapa oleh insan tersayang iaitu Firdaus di YM.
 
BUZZ!!!
"salam ada tak?" sapa Firdaus.
"waalaikumsalam, ada"....balas Khadijah
"hurm..maafkan saya semua nie berlaku..atas sebab2 saya...boleh luka kan hati awk."..Firdaus memulakan bicara.
"Saya tak kisah semua tue, asal saya tahu awak bahagia,awak happy,itu dah teramat cukup buat saya,asal saya tahu awak tenang,awak sihat."...balas Khadijah sayu.
"Saya memikir kan hubungan kita sampai sejauh mana yang mampu,tu je....memang betul saya banyak masalah..tapi saya nak beritahu..takut awak kecewa nanti."...terang Firdaus lagi.
"hurm...knp?awak dah tak yakin dgn hubungan kita ni?"......nada suara Khadijah mula panik.
"bukan tak yakin..panjang citernye..saya citer dari awal....tapi awak janji dulu..jangan bagitaw sape2 tentang nie kat kawan2 saya..tue jea...samada laki @ perempuan.." jelas Firdaus penuh pengharapan.
"Ok.Janji"...ucap Khadijah.
"awak ade serang Exora kea?" tanya Firdaus...

"Tak ada" jawab Khadijah.

"mula-mula awak ad marah dia kea?" tanya Firdaus lagi ingin kan kepastian.

"Tak ada" jawab Khadijah lagi.

"Awak ada serang dia ke?".tanya Firdaus dengan nada serius.

"Ya Allah. Mana ada. Nak marah orang pun takut,ni kan pula nak serang orang." balas Khadijah sambil mengetap bibir.


"Sekarang ni, saya call ummi saya, pastu ummi citer yang bekas kekasih saya tu cakap awak serang dia." Ujar Firdaus lagi.
"HAH????" nada terkejut Khadijah. Termenung Khadijah mendengar khabar ini. Sungguh dia tak sangka.
"Tak tahu la betul ke tidak. Sekarang ni ummi dah tak suka awak." Jelas Firdaus pada Khadijah.
"Ya ALLAH.....Astargfirullahhalazim." hanya itu mampu terkeluar dari mulut Khadijah.
"Ok.Nak buat macam mana sekarang nie?ex saya yang cakap macam tu ke atau ummi yang salah faham?,Exora cakap macam tu ke..Saya tak tahu cerita sebenar,yang saya tahu cerita dari mulut ummi,awak serang Exora tu.".......jelas Firdaus.
BUZZ!!!!
Firdaus menekan butang buzz pada YM nya kerana tiada respon dari Khadijah selepas apa dia katakan itu.
"Terkejut"..hanya itu mampu keluar dari kata-kata Khadijah.
"Macam mana sekarang ni awak?Saya nak buat macam mana?Nak backup awak pun susah dah sekarang ni." terang Firdaus lagi tanpa mempedulikan perasaan Khadijah.
Khadijah menangis semahu-mahu nya didepan laptop nya itu.Tanpa disedari oleh Firdaus pun.
"Sekarang macam mana?Kan saya tinggal je dua-dua sekali." ungkap Firdaus.
"Hurm...saya tak tahu..yang saya tahu saya tak salah.Saya difitnah." rintih Khadijah.
"Entah la awak.Kalau ada rezeki saya dengan awak,ada la." ucap Firdaus tanpa perasaan.
Sedih hati Khadijah bila mendengar khabar yang selama ini dinanti nya.Pasrah,Redha dan berserah hanya itu mampu yang di ungkapnya. Kerana bagi Khadijah,perhubungan tanpa restu keluarga tidak akan sampai kemana.

akan bersambung.....................

Monday, December 6, 2010

Masihkah Ada Sinar...............

Part 2

SEKSANYA RINDU

Khadijah membaca Ma'thurat usai solat Asar berjemaah bersama teman-teman sebilik. Ruang tengah ibarat surau dan ruang belajar bagi penghuni bilik Iman 7. Selepas menanggalkan telekung, Khadijah membuka email dan yahoo messengger
untuk menghantar mesej rindu kepada Cahaya Qaseh. Tetibe sahaja Khadijah dapat satu message dari Firdaus. Teman program nya 5 Tahun yang lalu. Disitu la mula nya perkenalan semula antara Firdaus dan Khadijah. Mereka bertanya khabar dan bercerita tentang diri masing-masing. Khadijah sekarang berusia 22 tahun, pelajar psikologi dan pengajian islam di USM dan Firdaus merupakan pemuda berusia 25 tahun pelajar Syariah Law di Universiti Al-azhar,Cairo.

"Awk apa khabar sekarang?" tanya Firdaus.

"Alhamdulillah sihat. Sekarang tengah pening tentang assigment Dakwah dan Metodologi." balas Khadijah. Disitulah detik nya Firdaus mula merisik tentang Khadijah. Mereka berborak-borak sehingga Firdaus memberitahu yang dia sedang mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup nya. Khadijah terdiam seketika. Dia cuba imbau kembali kenangan 5 tahun yang lalu.
Firdaus yang kehilangan kekasih nya Exora setahun yang lalu, cuba mengubati luka dihatinya dengan melamar Khadijah kerana Firdaus sudah tertarik kepada Khadijah ketika mereka mula-mula bertemu. Namun kerana waktu itu masing-masing sudah memiliki teman dan hanya 3 hari sahaja bersama dalam satu program, ia berhenti disitu. Exora telah melukai hati Firdaus kerana terlalu cemburu terhadap Firdaus dengan sahabat-sahabat baik nya. Exora juga membuatkan Firdaus tertekan. Maka sebelum Firdaus berlepas ke Mesir tahun lepas, Firdaus melepaskan Exora kerana tercabar dengan sikap Exora yang memaksanya.

Ketika di KLIA,beberapa orang sahabat Firdaus dan Exora menghantar Firdaus di KLIA kerana pada petang itu Firdaus akan berlepas ke Mesir untuk meneruskan sesi pengajian nya setelah pulang bercuti musim panas.

Sebelum ini berkali-kali Exora memaksa Firdaus untuk memutuskan perhubungan antara mereka.Namun Firdaus bertahan sehinggalah kesabaran nya dihilang sebelum berlepas ke Mesir.

"Exora,inilah yang awak nak dan tunggu selama ini kan?Baiklah kita putus.Mulai daripada hari ini kita bukan ada apa-apa hubungan lagi!" Firdaus berlalu meninggalkan Exora sendirian.Kakinya laju melangkah tanpa sedikit pun menoleh ke belakang.Hatinya kini benar-benar terluka dan kecewa.Kepergian nya ke Mesir kali ini dengan hati yang terluka.

Exora seolah-olah cuba untuk menguji sampai bila Fidaus mampu hidup tanpa dirinya.Namun sangkaannya meleset kerana Firdaus mampu hidup tanpa nya dan mampu meneruskan hidup dengan lebih gembira tanpa Exora disisi nya lagi. Hampir setahun mereka berpisah,kini Exora merayu dan meraih cinta Firdaus kembali tapi itu tidak membuatkan hati Firdaus bertaut kepadanya lagi setelah Exora menghancurkan cinta Firdaus terhadap nya.

"Khadijah, sudi tak awak jadi teman hidup saya?" lamar Firdaus tiba-tiba.

Terkedu Khadijah. Namun dia minta agar diberi tempoh untuk dia melakukan istikharah. Sedangkan selama ini Khadijah sudah pun solat istikharah walaupun tidak ada calon suami sekali pun. Khadijah masih mendiamkan diri dan membisu daripada memberikan jawapan kepada Firdaus. Khadijah merasakan seolah-olah hatinya sudah dicuri oleh seseorang. Namun Khadijah tidak cepat membuat keputusan. Dia tetap meminta agar diberi ruang dan waktu untuk terus istikharah. Khadijah tidak dapat membohongi diri bahawa jauh disudut hatinya menyimpan perasan terhadap lelaki yang telah menggamit solat istikharahnya tetapi dia tidak pasti. Inilah rupa lelaki yang menggamit solat istikharahnya selama ini.Terlalu sukar untuk dia melupakan sebaris nama yang melekat kuat di pintu hatinya iaitu Mohd Firdaus Bin Aziz.

"awak,imtihan bile?"
tanya Khadijah pada Firdaus untuk mengelakkan soalan yang tiba-tiba diajukan pada nya.
"insyaAllah minggu depan.Awk doakan saya yea.Doakan saya berjaya dan cepat2 balik Malaysia."Jawab Firdaus.

Pagi itu memancar riang tetapi hati Khadijah masih meninggalkan parut luka. Hatinya tercalar apabila dikhianati oleh bekas tunang nya, Zaimi. Namun Khadijah ingin mengubati kelukaan itu dan tidak mahu berendam air mata. Semua yang terjadi tersimpan seribu rahsia yang tak tersingkap oleh akal manusia yang terlalu cetek. Khadijah meraup muka mengumpul kekuatan lalu bangun daripada pembaringan lalu menghala ke ruang dapur bilik iman 7. Sengaja menyibukkan dirinya di pagi itu dengan membuat sarapan untuk teman-teman sebiliknya iaitu Fazlina, Siti, dan Kak Nurul.

"Moga-moga kelukaan ini beransur pulih. Jodoh pertemuan itu urusan Allah. Dia yang layak menentukan pilihan terbaik untukku. Aku tidak perlu menjadi manusia lemah kerana janji Allah tidak mungkin dimungkiri." Pasrah Khadijah didalam hati.

Sudah dua minggu berturut-turut Khadijah memohon pada Allah agar diberi petunjuk untuk membuat keputusan. Perasaan sayangnya kepada lelaki itu tidak pernah berubah dan berkurang. Akhirnya petang itu Khadijah mencapai laptopnya lalu menekan keyboard laptop nya dan membuka laman YM. Dia nekad untuk memberikan jawapan kepada Firdaus.
2minggu selepas itu,Firdaus tidak sabar-sabar untuk ketahui keputusan Khadijah. Akhirnya Khadijah memutuskan untuk terima Firdaus setelah dia dan Firdaus masing-masing kecewa dengan cinta lama mereka yang tidak kesampaian. Maka bermula lah kisah hidup dua pasangan ini. Pada Mu Allah aku menyerahkan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

"Assalamualaikum, saya bersedia menjadi milik awak."
"Betul ke apa yang saya dengar ni?" Ada ceria dan perasaan tidak percaya keluar daripada nada suara Firdaus.

Buat pertama kali Firdaus merasakan hatinya telah berputik kasih untuk wanita yang bernama Khadijah setelah dilukai oleh Exora. Firdaus acap kali menelefon, Ym dan email Khadijah inginkan kepastian lagi. Membuatkan mereka semakin kerap berhubung. Perbualan yang hanya berlegar tentang perihal keluarga dan akhirnya meleret mengenai hati dan perasaan.Dalam sebulan tu Firdaus kerap juga menelefon Khadijah untuk bertanya kan khabar sehingga ummi Khadijah pun mengenali Firdaus.

"Ummi tahu sekarang Khadijah dengan Firdaus, Ummi harap jangan lah terjadi pape yang tak elok. Jaga diri baik-baik dan biar la kekal ke akhir hayat kalian, lagipun Ummi berkenan pada Firdaus tu.Kata ummi pada Khadijah."Khadijah tunduk malu.

"Khadijah,bila saya balik malaysia,saya nak kerja dan saya nak g pinang awak untuk dijadikan zaujah saya."Kata Firdaus pada Khadijah petang itu.

Sebulan kemudian bermula lah episod baru kehidupan mereka,pada 19-Januari-2010 maka termeterai la ikatan pertunangan antara mereka. Walaupun cinta jarak jauh tapi mereka amat mesra,saling bertanya khabar dan dalam sehari pasti ada satu message yang akan Khadijah mahupun Firdaus terima.Dari sehari ke sehari mereka terus bercerita,berhubung konon2 rindu la.Namun dalam diam Khadijah sebenarnya takut untuk berharap pada Firdaus

Petang yang redup dan langit mendung menunjukkan tanda-tanda hujan akan turun dan begitu jugalah wajah Khadijah ketika itu. Dengan mata yang sarat bertakung air hanya menunggu masa untuk membanjiri pipi gebunya. Terasa semangatnya terus melayang.Khadijah menunggu messege dari Firdaus. Namun selama 2minggu Firdaus tidak bertanya khabar pada Khadijah.

"Ish mamat nie tak ym dan tak call pun.nape yea?" ngomel Khadijah sendirian didepan laptop.

Sedang asyik Khadijah menyiapkan tugasan subjek Fiqh Ibadah dan Pra Latihan Praktis nya,ada satu isyarat di YM. Firdaus mengucapkan salam dan bertanya khabar Khadijah. Gembira dan tersengih-sengih Khadijah apabila mendapat khabar dari buah hati tercinta.

"Kenapa lama menyepi,awak pergi mana?" tanya Khadijah pada Firdaus.

"Maaf la awak, kawan perempuan saya sakit. Dia memerlukan pertolongan saya. Jadi kami cari Sheikh untuk berubatnya." Balas Firdaus.

"Sape kawan perempuan awak tu?awek baru eh?", uji Khadijah

"Ishhhh awak nih. Kesitu pulak. Kan saya dah ada awak. Dia tu pelajar Medic di sini. Dia tu awek kawan saya. Dia tak berapa sihat,jadi kami tolong la berubat dia. Kami kan jauh dari keluarga jadi kawan-kawan la ibarat keluarga kami." terang Firdaus.

"Kalau awak on FB, awak add la dia kat FB. Nama nya Mawar Jamaluddin." Kata Firdaus lagi.

"Oh. Hurm tengok lah. Kalau senang saya add lah. Lagipun busy sekarang nie." Jawab Khadijah dalam nada sakit hati.

"Ish risau la. Dia menduakan aku kah?" ngomel hati Khadijah lagi. Namun dikuatkan hati dan cuba untuk bersangka baik pada Firdaus dan juga Mawar.

Malam telah bertandang dan seperti biasa rutin harian penghuni blog iman bilik 7, makan malam bersama. Nasi kerabu yang dibeli di Pasar Malam di telan oleh Khadijah walaupun mulutnya terasa agak pahit. Lauk kegemarannya itu tidak sedikit pun mengembalikan seleranya yang diragut sejak kebelakangan ini.

"Dah siap makan ke Khadijah?" tanya Kak Nurul yang sedang enak menyuap Keropok Lekor ke dalam mulut.

2minggu kemudian, Khadijah add Mawar Jamaluddin di FB untuk dijadikan kawan. Dan Mawar approve maka terjalin lah persahabatan diantara Khadijah dan Mawar. Tiada lagi keraguan dihati Khadijah tentang hubungan Mawar dan Firdaus.

Disitulah Khadijah mula merisik tentang Firdaus di negara Timur Tengah melalui Mawar. Hubungan mereka seperti sahabat lama dan ibarat adik beradik. Sebelum ramadhan menjelang tiba, Khadijah pergi bercuti dirumah saudara nya di Kajang. Khadijah "dating" dengan Mawar di Big Apple,Alamanda Putrajaya dan tidak disangka bahawa Firdaus mengirimkannya 2helai tudung dan minyak wangi dari negara Mesir. Gembiranya hati Khadijah bila dapat hadiah dari insan tersayang.

Tak henti disitu, kini Khadijah mengenali ramai sahabat-sahabt akrab Firdaus sama ada di Malaysia mahupun di Mesir. Seperti Zulaikha, Adilla, Nur Jannah, Muslihah dan Mail. Diantara mereka, Khadijah amat rapat dengan Muslihah. Khadijah menganggap Muslihah itu sebagai kakak nya. Muslihah juga menganggap Khadijah adik kerana perbezaan umur antara mereka. Selain itu Muslihah juga merupakan insan rapat dengan Firdaus kerana mereka berdua mengenali antara satu sama lain semenjak darjah 1 lagi. Hubungan mereka ibarat kembar tapi tak sama. Muslihah juga tak henti mengingati adik angkat kesayangan nya itu agar lebih berhati-hati dalam dunia cinta.

"Siapakah gadis bertuah yang bakal dapat Firdaus ya?" Zulaikha cuba mengorek kisah selanjutnya dari Khadijah.

Kemesraan antara Khadijah dan teman-teman rapat Firdaus semakin berkembang mekar. Begitu juga dengan adik beradik Firdaus iaitu Wahidah dan juga Angah. Mereka ibarat adik beradik walaupun baru sahaja berkenalan. Ini kerana sikap Khadijah yang lemah lembut dan peramah yang menarik kasih sayang adik beradik Firdaus.

Friday, December 3, 2010

Masihkah Ada Sinar...............

Part 1...
KEM CANCUN PARK.

Khadijah memerhati skrin laptop nye sejak tadi. Dia ingin menulis email untuk sahabat karibnya, Cahaya Qaseh. Kerinduan membara sekali lantaran sudah lama tidak bertanya khabar anak gadis yang jauh merantau di Utara itu. Terlalu banyak cerita yang ingin dikongsi. Biasanya, dia akan meminta pandangan Cahaya Qaseh berkaitan pelajaran mahupun kisah hidup nya dengan Firdaus.

"Khadijah, Qaseh tak nak pergi ke program tu," keluh Cahaya Qaseh sambil merenung tepat anak mata sahabatnya.

"Kalau ikutkan hati, Khadijah pun tak nak pergi, tapi apa kita boleh buat?" Suara Khadijah turut berbaur keluhan. Riak-riak keresahan jelas terpancar pada wajah mereka. Pelbagai andaian berlegar-legar di kotak fikiran sebaik sahaja pihak sekolah mewajibkan semua calon SPM untuk mengikuti satu program motivasi anjuran sebuah pertubuhan belia. Program itu diadakan selama tigahari dua malam di sebuah pusat rekreasi yang terletak jauh dari sekolah. Kem Cancun Park, itulah tempatnya. Dari Pantai Timur, mereka akan bermusafir nun jauh ke Johor.

Calon SPM disekolah itu melibatkan pelajar aliran sains, sains teknikal dan perdagangan. Semua nya memperjuangkan 11A1 dalam SPM kecuali pelajar aliran perdagangan yang memperjuangkan 10A1.

"MasyaAllah, tak tahulah macam mana keadaan program tu nanti. Selalunya, program anjuran pihak luar ni sosial sikit, dah la program tu melibatkan calon STAM dari Sekolah Agama Taman Uda" Khadijah menarik muka resah. Hatinya berprasangka.

"Setiap peserta diminta duduk dalam kumpulan masing-masing membentuk bulatan-bulatan kecil. Duduk bersila!" Arahan daripada seorang abang fasilitator amat memeranjatkan.

Pelajar-pelajar mula bergegas mencari kumpulan masing-masing lalu duduk seperti yang diarahkan. Namun, kaki dua orang sahabat itu masih terpacak dengan fikiran yang buntu. Tidak lama kemudian, Kak Sue datang menghampiri.

"Alhamdulillah, kita sekumpulan. Kumpulan kita diminta duduk disini," Kak Sue bersuara. Wajahnya tidak terpancar kegembiraan walaupun mengungkap "Alhamdulillah". Masakan tidak, lima orang pelajar lelaki beraliran Thanawi calon STAM turut mengekorinya.

"Ini kumpulan Satu?" Salah seorang daripada mereka bertanya. Kak Sue menjeling sekilas kemudian mengangguk. Mereka duduk dalam satu bulatan.

"Ikan besar ni lambang macho. Err, macam saya. Selalunya, orang ingat ikan besar makan anak ikan. Sebenarnya, tidak semua ikan besar macam tu. Tengok ikan ni, anak-anak ikan ikut dia. Itu tandanya ikan ini bertanggungjawab, berkepimpinan serta melindungi. Mm, pun macam saya, pendek kata, saya lelak macho yang baik. Jadi, sesiapa pun tak perlu takut." Terang Firdaus.

"Eleh perasan la pulak mamat nie. Dah la kurus pastu koya smart plak." Ngomel Khadijah.

"Terpandang pada putik bunga kelapa yang jatuh berguguran, saya rasa tiada masa nak banyak ketawa. Saya takut ketika Allah menarik nyawa, saya tiada masa nak mengucap dan mengingatiNYA. Saya sedar, kalau banyak ketawa, hati mudah mati, lalai dan alpa. Semoga kita semua dijauhinya." Cahaya Qaseh puas dapat menyampaikan mesejnya.

"Hah, dengar tu! Tak boleh banyak sangat ketawa, kena berpada-pada," Kak Sue mengingatkan. Pelajar-pelajar lelaki tersengih nakal disindir Kak Sue. Pedas tu, fikir mereka.

"Amal kami tak macam antum semua agaknya, amal antum tentu banyak. Contohnya, antum tak pernah tinggalkan sembahyang. Bertuah antum. Harap-harap, dapat sulaminya dengan penuh keikhlasan," celah Khadijah.

"Insaf betul duduk dengan akhowat ni."

"Uihh, bisa-bisa sungguh! Macam kena tusuk duri."

Suara-suara kedengaran. Nampaknya, mereka betul-betul rasa terpukul dengan kata-kata Cahaya Qaseh dan juga Khadijah, bisik akhowat.

"Terima kasih, Qaseh. Kini tibalah giliran Khadijah. Silakan Khadijah," pinta Kak Sue.

"Pohon Semalu, pantang disentuh pasti menunduk sopan, tapi durinya tetap tajam berceracakan." Serangkap madah dijadikan pembuka bicara. Masing-masing terdiam seketika. Apabila Khadijah cuba membuka bicara lagi, satu usikan dari Firdasu diterimanya.

"Tapi, pohon semalu tumbuh melata atas tanah, susah saya nak main bola. Biasanya ia tumbuh di tengah padang." Firdaus cuba mengenakan Khadijah.

"Durinya tu tajam. Saya dah pernah terpijak. Aduhhhhh, sakitnya! Itu tak dinamakan menyusahkan orang?" uji Mail.

"Orang yang terpijak duri semalu tu, orang yang tak pakai selipar. Dia tak pandai nak berhati-hati, padanlah mendapat ikhtibar daripada pohon semalu." Pedas jawapannya. Tersirat 1001 makna.

Masa pantas berlalu, Hari terakhir di Kem Cancun Park hadir jua. Hari ini adalah hari yang cukup dinanti-nantikan oleh sebahagian peserta. Mereka tidak sabar pulang ke sekolah dengan membawa harapan dan semangat baru.
Sebuah pertemuan yang tak disengajakan juga terjadi antara Firdaus dan Khadijah, namun hubungan meraka hanya lah sekadar berteman biasa sahaja kerana pada waktu itu Firdaus sudah pun memiliki Exora.

Kenangan yang bertamu mengusik Khadijah untuk mencoret sesuatu kepada Cahaya Qaseh. Tangan nya rancak menaip di keyboard. Kerinduan diluahkan.

CERITA HATI

Agak sudah lama tak mengjengah ke laman blog ni,setelah sebulan di Dun Galas,seminggu kemudian ku terlibat pula dengan aktiviti sukarelawan Expo Cheng Ho yang julung-julung kalinya diadakan di negeri tersayang iaitu Kelantan Darul Naim.

Maka sudah lama jua la blog ku ni tak ber"update".....dalam kepala ni macam2 nak tulis...nak buat novel la,nak wat usrah la...tapi semua tak menjadi...hanya perancangan dalam minda tanpa sebarang tercoretnya sesuatu.....insyaAllah ada kesempatan akan ku lakarkan sebuah cerita novel yang tidak dijual dipasaran......

Berbalik kepada menjadi sukarelawan expo cheng ho...MasyaALLAH....besttttt sangat2 lah time tu....masa kursus dulu2 dah dapat rasa program tu menarik,bila sampai time expo diadakan,hati berkata,"wah,program nie menarik la".Tugas ku plak jadi Dj untuk orang "announcement" pape jea,macam nak suruh alih kan kerete,anak hilang,mak cari anak,anak cari mak,suami cari isteri,isteri cari suami(eh?ada ke?)ada......kemudian ada yang cari kunci moto,kerete hilang..macam2 la ada time tu....lucu,gelisah,sedih sume ada.

Tapi disebalik tugas ku dibilik konti dj,disebalik kesibukakn ku seharian....aku cuba untuk melupakan sesuatu yang amat menyakitkan hati.Aku cuba bangkit menjadi manusia paling ceria,bahagia walhal aku sering terluka....

................................................................................