Pages

Sunday, January 30, 2011

Cinta Dakwah Menuju Baitul Dakwah

Kerja lebih banyak dari masa yang kita ada dan agenda islam adalah agenda yang tiada noktahnya. Oleh itu dalam menyusuri Jalan dakwah dan kerja-kerja dakwah ini, seorang muslim itu harus tahu bahawa untuk kesinambungan perjuangannya, ia harus menjadikan setiap aspek kehidupannya terancang sebaiknya termasuklah dalam perkara mendirikan rumahtangga.
Seorang muslim yang cintakan islam dan dakwah semestinya harus menuju kepada pembinaan baitul dakwah ini kerana dengan ini cita-cita dan perjuangannya dalam dakwah islam ini ada kesinambungannya.
Adalah menjadi perkara yang penting bagi seorang da'i itu apabila ingin membina baitul dakwah ini ia harus jelas sewaktu sesi taaruf lagi akan kemahuan dan cita-cita pasangan masing-masing dalam mendalami hati terhadap matlamat perjuangan mereka kerana dengan ini akan terbinanya kekufuan yang boleh mengelakkan penyesalan di kemudian hari terhadap cita-cita besar yang ditanamkan dalam diri masing-masing.
Malah kejelasan pendirian dari awal ini juga turut membantu dalam mengerat dan membungakan cinta didalam rumahtangga yang akan dibina biarpun sebelum ini mereka telah memahami islam dan mendapat tarbiyah islam kerana faktor terus terang dan telus didalam taaruf akan memudahkan urusan terkemudian.
Seorang muslim yang cintakan dakwah harus tahu bahawa dakwah adalah kewajipan. Masuliyah ( tanggungjawab) setiap yang bernyawa yang bergelar muslim mukmin. Bukan perkara main main dan pinggiran. Ia nya adalah taklif rabbani. Tuntutan Ketuhanan. Tuntutan Allah yang akan dipersoalkan. Berat, dan kita tiada pilihan.
Bagi para duat yang tersedar, mereka tahu bahawa ini adalah sibghah (Celupan). Sibghah dari sibghah Allah. Kita bertanggungjawab sepenuhnya. Oleh itu dakwah tidak terhenti disusuk tubuh kita sahaja kerana tanggungjawab ini adalah bertali arus yang bermula dari kita hingga ke dalam pembentukan Bait'ul Dakwah.
Dan inilah yang sukar kerana sepasang suami isteri mestilah saling mewarnakan kehidupan mereka dengan sibghah ini. Oleh itu pembinaan dan pemilihan muslim dan muslimah berqualiti harus menjadi prioriti (keutamaan) dalam membina generasi pewaris.
Kita yang cintakan deen ini tidak boleh memandang ringan atau memandang sepi perkara ini kerana tersilap pemilihan akan merugikan dan melambatkan deen ini menuju langit kejayaan. Pemuda pemudi Islam harus mempunyai mind set ini supaya sentiasa bersedia untuk membentuk diri masing masing menjadi rijal dan srikandi yang qowi (kuat) agar nanti antara kita tidak tercari-cari dan teraba-raba dalam kesamaran mencari jodoh masing masing dan mengambil masa yang lama untuk pembentukan ini.
Bersedialah berIntima' (Ikat diri) dengan Jamaah Islam kerana Islam kian hari kian bertambah sukar. Tanpa jamaah kita tidak boleh berbuat sesuatu kerja dakwah dengan sempurna dan teratur. Bersedialah untuk ditarbiyah. Untuk didik aqidah, hati, ibadah dan berkerja secara team work atau beramal jamaai berusahalah untuk tarbiyah dzatiyah (didik diri) tanpa bergantung pada arahan mas'ul atau naqib serta jamaah.
Jamaah hanyalah sebagai pushing power tapi tanpa Dzatiyah dari diri sendiri, memang sukar untuk melonjak prestasi kita sebenarnya kearah berjuang dijalan Allah dan pastinya kita tidak dapat merubah diri dan dimanfaatkan jamaah dan terkadang mutarabbi begini akan menjadi beban dan fitnah kepada jamaah!
Berbalik kepada pembinaan baitul dakwah, kita semua harus memberi perhatian kepadanya kerana terkadang seorang duat pun tidak dapat membezakan antara baitul dakwah dan baitul muslim. Baitul muslim adalah membina keluarga muslim namun baitul dakwah lebih jauh fikhnya. Ia itu untuk membina generasi pewaris. Pewaris Dakwah. Pewaris kerja nabi.
Didalam pembinaan baitul dakwah ini memerlukan chemistry, memerlukan kekufuan serta memerlukan kedua pasangan terlibat dengan jamaah dan dakwah serta tarbiyah kerana dalam pembinaan ini kita memerlukan fikrah yang jelas, cita-cita yang tinggi dan pengorbanan yang berterusan terhadap kerja-kerja dakwah. Tanpa sifat-sifat asas ini sukar untuk mengwujudkan baitul dakwah serta untuk melahirkan generasi pewaris.
Sabda nabi SAW riwayat muslim
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik baik perhiasan ialah wanita solehah. Apabila kamu melihatnya, ia akan mengembirakan kamu dan apabila kamu tidak ada, ia menjaga kehormatannya dan harta mu."
Setakat itukah wanita solehah itu? Atau wanita sebeginikah yang ingin melahirkan generasi pewaris? Hadis nabi ini maha benar namun isteri seorang da'i atau pejuang deen ini, bukan setakat itu saja malah ada syarat-syarat lain lagi yang perlu diberi perhatian. Antaranya;
Wanita pilihan mesti mencintai Akhirat!
Kerana wanita amat suka kebendaaan, keselesaan kemanjaan dan kecintaan yang berlebihan sehingga ini akan menyalahi fitrah dalam realiti dakwah dan ini telah berlaku dalam kehidupan Rasullullah sendiri apabila dakwah sampai kekemuncaknya! Isteri-isteri Rasul suatu ketika mengkritik terhadap kehidupan kesusahan mereka disamping Rasullulah sehingga Rasul memberi pilihan kepada mereka sama ada redha didalam susah atau bersedia menerima talaq! Firman Allah:
" Wahai Nabi, katakan kepada Isteri2mu , jika sekiranya kamu mahu kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah, supaya aku berikan kepada kamu pemberiah mut'ah dan aku lepaskan kamu dengan cara sebaik baiknya. Dan jika sekiranya kamu mahukan keredhaan Allah dan Rasulnya serta negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah telah menyediakan pahala yang besar bagi orang orang yang berbuat baik antara kamu" (Al Ahzab 28-29)
Realitinya perempuan memang dikuasai oleh tabiat lemah, inginkan kebesaran dan cintakan kebendaan dan ini akan menghalang perjuangan suaminya melainkan apabila ia dapat membebaskan dirinya dari sifat-sifat tersebut dan menyintai akhirat.
Kerana apa? kerana cintakan akhirat merupakan syarat kepada seorang isteri da'i untuk memikul beban dakwah kerana tanpa cintakan akhirat seorang isteri akan meninggalkan kesan buruk kepada jiwa suaminya terhadap dunia dan akan mencenderungkan suaminya mencintai dunia dengan pengaruh kehidupannya.
Wajibnya pengarahan mencintai akhirat kepada wanita yang dijalan dakwah adalah disebabkan sifat semulajadi mereka yang selalu mahukan keistimewaan dan jika tidak diarahkan akhirat pastinya menggangu usaha dakwah.
Kita lihat bagaimana al Quran memberi kejutan kepada isteri-isteri nabi apabila mereka demand tentang hidup mereka,
"Boleh jadi jika nabi menceraikan kamu, tuhanmu akan mengantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik dari kamu yang menurut perintah, ikhlas, taat, bertaubat, beribadat dan berpuasa janda atau anak dara." (At- Tahrim 5)
"Mengantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik dari kamu".
Teguran Allah ini juga telah menyedarkan isteri-isteri nabi dari meminta keistimewaan kepada taat kepada apa yang diberi oleh Nabikerana mereka takut Allah gantikan mereka dengan wanita lain untuk nabi dan mereka tidak mahu ada wanita lain lagi yang lebih baik dari mereka.
Satu yang perlu diberi perhatian bagi seorang akhawat yang cintakan dakwah dan ingin menjadi isteri seorang da'i adalah, jelas niatnya!
Akhawat itu sewajarnya menjadikan perkahwinan dengan seorang da'i yang dicintainya dengan niat memasukan dirinya dengan realiti dakwah bukan memasukkan dirinya didalam kehidupan da'i itu. Dengan erti kata menjadikan dakwah sebagai matlamat dan bakal suaminya adalah hanya teman dan alat menuju matlamat.
Jika inilah yang kita semua fahami wahai pemuda dan pemudi Islam, insyallah pastinya kita dapat mengwujudkan sebanyak banyaknya baitul dakwah yang menjadi penerusan kepadan perjuangan ini.

Monday, January 24, 2011

Fitnah Petunjuk Istikharah

“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?” Sepucuk emel dihantar kepada saya.

Beristighfar dan mengurut dada.
Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.
Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?

MEMBELAKANGKAN ILMU

Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.
Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.
Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:
“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas” Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah. Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu. Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata: Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda: Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah). Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya. 

ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH 

 Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah. Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yaboleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan. Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata: “Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya” Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha. Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat. Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan. Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri. Berhentilah mencari mimpi. Berhentilah menunggu petanda. Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha). Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah. Ia mungkin mainan Syaitan. “Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]

KESIMPULAN

Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis. Jauhi Bid’ah dan Syirik. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama. ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG

Fitnah 'Zina' Cikgu Mala, Perang Psikologi Bermula

LABIS, 23 Jan - “Serangan peribadi ini sengaja dilakukan untuk melemahkan parti lawan, sedangkan mereka membangkitkan isu yang tidak berasas dan tidak berlaku sama sekali."

Normala Sudirman, calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang menegaskan dakwaan 'zina' yang dilempar terhadapnya langsung tidak berasas sama sekali.
Katanya, isu fitnah dan provokasi merupakan perang psikologi dan ianya perkara biasa berlaku dalam PRK sebelum ini. Dakwaan itu timbul sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon PAS.
Semalam, satu dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.
Memetik pemilik akaun sosial itu dikenali sebagai ‘Suara Dari Bumi’ mendakwa, bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan.
“Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” ulas beliau lanjut.
Dalam perkembangan yang sama, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, calonparti itu melalui proses yang ketat sebelum dipilih mewakili parti.
"Ini fitnah semata-mata. Mungkin orang itu langsung tidak ada isu nak dibawa maka cerita yang tidak munasabah seperti ini pun ditabur,
"Dalam PAS, calon ditapis oleh Majlis Syura Ulama yang mempunyai kaedah tersendiri untuk menentukan seorang calon itu layak atau tidak," katanya.