Pages

Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday, January 24, 2011

Fitnah 'Zina' Cikgu Mala, Perang Psikologi Bermula

LABIS, 23 Jan - “Serangan peribadi ini sengaja dilakukan untuk melemahkan parti lawan, sedangkan mereka membangkitkan isu yang tidak berasas dan tidak berlaku sama sekali."

Normala Sudirman, calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang menegaskan dakwaan 'zina' yang dilempar terhadapnya langsung tidak berasas sama sekali.
Katanya, isu fitnah dan provokasi merupakan perang psikologi dan ianya perkara biasa berlaku dalam PRK sebelum ini. Dakwaan itu timbul sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai calon PAS.
Semalam, satu dakwaan yang dibuat di laman sosial Facebook menuduh beliau mempunyai skandal sebelum berkahwin dengan suaminya, Maarof Abdul Mutalib.
Memetik pemilik akaun sosial itu dikenali sebagai ‘Suara Dari Bumi’ mendakwa, bekas guru itu meninggalkan bekas suami pertamanya kerana mengejar harta dan kebendaan.
“Perkara ini tidak akan melemahkan semangat saya kerana percaya dengan perlindungan Allah dan semangat juang untuk membawa pembaharuan kepada DUN Tenang,” ulas beliau lanjut.
Dalam perkembangan yang sama, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, calonparti itu melalui proses yang ketat sebelum dipilih mewakili parti.
"Ini fitnah semata-mata. Mungkin orang itu langsung tidak ada isu nak dibawa maka cerita yang tidak munasabah seperti ini pun ditabur,
"Dalam PAS, calon ditapis oleh Majlis Syura Ulama yang mempunyai kaedah tersendiri untuk menentukan seorang calon itu layak atau tidak," katanya.

Saturday, November 6, 2010

selepas berjuang di Galas

alhamdulillah setelah berminggu-minggu kat Galas,diberi keizinan untuk menjengah blog ku nie...lama tul tinggal cyg ummi nie...^_^ boleh plak ek.....hurm,nie la pengalaman pertama ku bertugas sebagai jentera pembantu di pilihanraya kecil....banyak pengalaman yang aku perolehi dan banyak jua ku dapat melihat depan mata ku....susahnya hidupku tapi susah lagi orang lain.hurm....namun paling sedih nape la orang melayu yang dilahirkan islam sendiri menolak islam?sedih......banyak jua ku melihat orang2 yang metarialistik,mengejar pangkat dan nama....nauzubillah....pelik,tapi nie la realiti kehidupan kita dibumi ini.....Al-Quran dan Sunnah diletak ketepi dalam pentadbiran negara...masyaAllah...bila kah ini akan berakhir?????sedih ku melihat kanak2 yang membesar dalam dunia yang penuh bahaya dan meterialistik....but alhamdulillah....ini la pengalaman ku yang paling berharga dalam menggerakkan islam didunia yang hanya sementara,,,,bersyukur pada ummi abah ku sebab mereka la banyak memberiku semangat untuk stay kat Galas sampai ke kemuncak nya....kalo aku ikutkan hati,hurm mungkin aku tak akan memiliki pengalaman berharga ini....syukur ya Allah...walau kalah tapi kami tetap menang di hadapan MU....itu sudah mencukupi kerana perancanganMU lebih terbaik,..,.....