Pages

Monday, June 27, 2011

Sahabat

Mencari redha Allah tidak semudah yg kita sangka...
Tidak jua sepayah yg kita rasa...
Namun sebenar nye ia bermula dari diri kita sendiri.
Ya bagi diri ku sendiri,
Aku takut dengan persekitaran.
Namun ketakutan ini tidak la melebihi takut ku pada Pencipta ku.
ku takut dalam ber Ukhuwah.
Takut aku menjadi duri dalam daging,takut melukakan perasaan SAHABAT,takut aku merosakkan iman SAHABAT,takut melalaikan SAHABAT,.
Aku teringin menjadi SAHABAT yang seperti Rasulullah s.a.w beritahu iaitu menjadi sahabat yang menjual pewangi,supaya aku sentiasa mewangikan SAHABAT ku,sentiasa memberi semangat,dorongan dan kekuatan dalam meneruskan langkah perjuangan ini yang masih bersisa.
Tak mudah untuk memuaskan hati semua orang,
Tak mudah untuk menjaga perasaan setiap insan.
Namun dicubakan jua untuk menjadi yang terbaik kepada SAHABAT-SAHABAT.
Seandainya aku bersalah.perbetulkan langkah ku wahai sahabat.
kerana aku jua manusia biasa yang tak lepas dari silap.
Kerana aku jua memerlukan SAHABAT untuk ku meneruskan langkah ini.
Aku takut aku dalam golongan ini:-
Persahabatan yang tercela
Inilah persahabtan yang tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita.Bukan sahaja tidak berpahala malah berdosa pula.Yakni ia bersahabat dan mengasihi seseorang kawan kerana kawannya itu setia membantunya melakukan kezaliman dan maksiat kepada Allah Taala.Mereka sama-sama bersahabat tetapi sahabat yang mnganjur berbuat kemungkaran serta kefasikan.Sebenarnya dalam keadaan ini mereka turut bersahabat dengan syaitan laknatullah.

Seperkara harus diingat,walaupun mereka nampak intim dan serasi dalam persahabatan yang penuh mungkar dan keji itu,di akhirat nanti mereka akan saling bermusuhan,bercakaran dan salah-menyalahi antara satu sama lain."Sia-sia aku berkawan dengan engkau.","celaka hidup aku kerana bersahabat dengan kamu.","Kerana berkawan dengan kamu,aku dihumban ke neraka ini!".
 




Aku jua tidak ingin menjadi SAHABAT seperti ini:-


Persahabatan tabii
Persahabatan yang tidak ada hubungan dengan persahabatan kerana Allah.Ia persahabatan biasa kerana urusan keduniaan.mereka boleh mengasihi satu sama lain kerana mereka saling perlu memerlukan untuk kelancaran urusan duniawi mereka semata-mata.

Ertinya tiada niatkan kerana Allah Taala.Sesuatu amalan yang tidak diniatkan kerana Allah hanya akan menjadi adat sahaja dan tidak berpahala pula.

Yang ku ingin kan ialah menjadi SAHABAT seperti ini:-

Persahabatan kerana Allah
Inilah sebaik-baik persahabatan.Persahabatan yang berlandaskan niat kerana Allah s.w.t semata-mata.Betapa mulia dan agungnya persahabatan ini di sisi Allah s.w.t. Akan tetapi,persahabatan kategori ini jugalah semakin pupus,semakin lenyap dari muka bumi ini kerana suburnya sifat materialistik,sifat keakuan dan nafsu-nafsi yang menguasai diri manusia.Sesungguhnya persahabatan yang diikat dan dijalin kerana Allah itu sentiasa di dalam kebaikan dan pahala yang besar.

Ciri-ciri persahabatan kerana Allah itu adalah :

1. Seseorang yang memilih untuk bersahabat,mengasihi dan membiasakan diri dengan temannya kerana dilihat temannya itu sangat taat dan cinta kepada Allah Taala.
2. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dan mengasihi temannya kerana temannya itu banyak membantunya dalam selok-belok agama dan sentiasa menasihatinya untuk sentiasa taat setia kepada Allah Taala.
3. Seseorang yang memilih untuk bersahabat dengan temannya,mengasihinya kerana temannya itu membantu urusan keduniaannya yang lantaran itu terurus dan tersusun jugalah urusan akhiratnya.
"Sesungguhnya seorang Muslim itu, apabila berjalan dijalan DAKWAH, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, Bahkan dibawa hati saudaranya. Justeru itu setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya,pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya."
-Mustafa Masyhur-

No comments: