Pages

Tuesday, June 7, 2011

Saya kehilangan sebuah HARAPAN.....:((

Entah kenapa terasa nak menangis..
Dalam meeting pun kena marah...
Sebab salah ku jua kerana tidak ambil perhatian terhadap arahan dan penerangan dari bos..
Entah...mungkin hanya jasad ku je yang ada di pejabat, tapi hati,jiwa dan perasaan entah melayang kemana..
Allah yang tahu betapa nak menangisnya aku...

Sebelum nie ada terbaca kisah Apa Khabar Wahai Jodoh ku dari salah satu laman blog...
Begitu banyak hal yg ingin ku ceritakan kepadamu. Begitu banyak pula harapanku untuk menantikan nasihat – nasihat mu. Hati ini kosong.. dan hati ini tak sabar menanti kehadiranmu yang kan membalut dan menyembuhkan luka dihatiku.

Adakah kau juga rindu padaku? Bagaimana dengan Quran mu? Sudahkah kau baca diantara maghrib dan isyak? Apa yang kau fahami dari surah itu? Ceritakanlah kepadaku.. Aku sedia mendengar, dan begitu juga dengan keluhanmu, aku sedia mendengarnya..

Tidak ku tahu kenapa sesayu itu dan bercucuran air mata ini mengalir...
Dimana kekuatan ku selama ini?
Dimana kekerasan hati ku selama ini?
Dimana kekebalan jiwa ku ini?
Begitu mudah untuk ku mengalirkan air mata.....

Kini aku betul2 terluka dan kecewa...
Disebab kan itu airmata ku mengalir pedih...
Kerana kehilangan yang tanpa khabar berita....
Benar kata pepatah,Tidak semestinya orang yang kita SUKA akan turut SUKA pada kita..

Kini ku cuba untuk mengumpul kembali kekuatan ku,
Cuba untuk menerima hakikat bahawa "dia" sudah pergi untuk selama2nya...
Cuba membangkitkan kembali semangat dan keceriaan ku..
Ya Allah,HambaMU tidak kuat menghadapi nya....

Jangan pernah merasa keseorangan.. 
kerana aku disini masih setia menantimu..
Namun hakikatnya aku telah keseorangan..
hilang kata-kata semangat..
hilang kata-kata nasihat...
hilang kata-kata perjuangan...
dan hilang sebuah HARAPAN...


Wahai kamu yang telah melumpuhkan hatiku, izinkan aku menutup coretan ini dan biarkan waktu berbicara tentang takdir antara kita

Andai aku buta, tentu itu lebih baik daripada harus kembali lumpuh seperti ini.

Wahai engkau yang sekarang ku cintai, semoga perkara  yang terjadi ini bukanlah sebuah DOSA.

Ya Allah

Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

No comments: