Pages

Friday, June 3, 2011

Musibah,Ujian & Dugaan



Musibah yang menimpa bukan kerana DIA tidak sayang kita,
Ujian yang datang bukan kerana DIA memilih tapi kita terpilih,
Dugaan yang hadir adalah untuk menguji tahap keimanan kita yang sebenar.

Mungkin ramai yang tidak akan faham akan maksud yang ingin disampaikan,
Namun itu lah yang ditafsirkan oleh diriku.

Apabila kita asyik duduk termenung memikirkan nasib kita disini..
Merenung jauh dugaan datang menimpa sehingga terduduk,
Bukan mengeluh tapi berfikir apakah sebenar yang terjadi.
Salah aku kah?Atau ALLAH sedang memberi peringatan untuk aku sekeluarga.
Namun hati nurani ku sentiasa memikirkan secara positif dan bersangka baik terhadap MAHA ESA.
DIA menguji kami kerana DIA amat2 sayang kami.
Dan yang paling2 utama DIA sedang menguji abah ku.
Menguji kesabaran abahku..menguji keimanan abahku...
Sehingga semalam berlaku lagi Ujian..
Hampir saja kereta abah di curi.Alhamdulillah Allah masih memberi kami rezeki.
Dan pencuri itu dapat dikesan.

Aku jua terkesima,terkedu dan memikirkan...beristighfar...memohon doa supaya segalanya selamat.



Sebenarnya Ujian ini datang untuk menguji kesabaran seorang hambaNYA yang betul2 ikhlas dijalanNYA...
InsyaAllah semoga aku adalah hambaNya yang istikhomah.
Dalam pada tu,disaat ujian ini menimpa...aku mengharapkan nya hadir disisi untuk menyuntik semangat dan kekuatan.Setelah aku berserah padaNYA.
Namun aku jua ingin positif,mungkin dia letih..hurmmmmm

YA ALLAH,SEMOGA AKU DAN KELUARGA KU TIDAK BERPUTUS ASA DAN TIDAK BERPALING DARIMU....SEMOGA UJIAN MU INI MEMBUATKAN KAMI LEBIH MATANG DAN LEBIH TABAH SERTA SABAR DALAM MENERUSKAN LANGKAH.....
LA TAHZAN NURUL EZZAH.......


No comments: