Pages

Wednesday, May 18, 2011

Nikah Khitbah Satu Alternatif

Posted by Usrah Jamaah Anak Muda | Monday, August 23, 2010 | Category: 




Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan




1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini ,Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.


2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .


3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .


4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala


Firman Allah swt yang bermaksud :


dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .




An Nuur : Ayat 32


5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :


  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :


  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :


  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.


7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks ,maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .


8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .


9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .


10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]


11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan namaNikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .


12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.


Perbahasan Hukum


13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.


14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :


a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .


b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .


15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .


16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti

7 comments:

Arozi said...

Permasalahan yg timbul, membuatkan bermacam-macam penyelesaian difikir dan di praktikkan. Sedang, PUNCA dari segala permasalahan itu, adakah dikaji?

Wan Nurul Ezzah said...

boleh pak zi perjelaskan lagi maksud nya tu?boleh kita kongsi sama2 ilmu yang berguna nie...insyaAllah..

Arozi said...

Insyaallah yaa Anaknder...

Alhamdulillah, dan terima kasih atas peluang yg diberi..

Cmaner nak cakap eh??... mmm, kita tengok, satu kebakaran yang berlaku, usaha dijalankan untuk memadamkannya, apakah akan terpadan kebakaran itu jika PUNCA api tidak kita tembak dengan air?

Kita guna bermacam-macam kaedah yang kita FIKIRkan sesuai, namun jika tidak menepati keHENDAK, pasti api tu tidak akan dapat kita padamkan...

Jadi, dalam permasalahan ini, secara peribadi, Pakzi nampak, PUNCAnya IMAN. Kita, masyarakat hari ini, tidak dibentuk dengan asas iman. Dengan IMAN yang lemah, kita susah nak taat perintah Allah, kita payah nak ikut HUKUM, maka, berlakulah perlakuan-perlakuan yang sedemikian. Kita, berbuat dosa seperti yg kita nampak pada hari ini TANPA sedikitpun rasa bersalah, tanpa sedikitpun rasa TAKUT kepada ALLAH. Kita tak terkesan pun dengan balasan SEKSA NERAKA yang ALLAH janjikan... kita, tak tertarik pun dengan NIKMAT Syurga yang Allah janjikan.. sebab apa? IMAN LEMAH.

Tidak dinafikan, NIKAH KHITBAH itu adalah satu usaha yang baik untuk menyelesaikan masalah ini, namun, terselesaikah ia dengan jalan ini? Anda pasti?? Ataukah, akan timbul lelain kesan sampingan? Yang memerlukan kita untuk lagi memikirkan akan TASK-FORCEnya, selesaikah begitu?

Pada pendapat Pakzi yg jahil ni, PUNCA bagi segala masalah hidup, samada peribadi ataupun kemasyarakatan, IMAN adalah satu-satunya JALAN PENYELESAIAN..
Insyaallah...

Allaahu a'lam.

Wan Nurul Ezzah said...

ow...baik2...izzah faham pakzi...syukran atas pendpat itu....tapikan..contoh cm zauji dok lain zaujah dok lain kan...diorg nikah khitbah,then seandainya rindu pun ia halal...mungkin itu salah satu kebaikan nya..kan?

Arozi said...

YUPP.. tidak dinafikan, memang ada kebaikan..kita tak tolak idea itu, tetapi kita lebih mempersoalkan, KENAPA dalam masa yang sama, USAHA yang lebih penting tidak kita utamakan?

Kita sedia maklum, bahawa NIKMAT Allah yang paling besar keatas kita ialah IMAN dan ISLAM, sejauh mana kita FAHAM, dan sejauh mana kita amalkan?


Zauji dok lain, zaujah dok lain, boleh merindui antara sesama, malahan, untuk melepaskan rindu itu, tidaklah ada sebarang halangan dari SYARA' hatta sehingga ke hubungan badan..NAMUN, CUKUPkah sekadar itu sahaja? sedang, MATLAMAT perkahwinan itu, adakah keSAMPAIan jika ijab-qabul antara keduanya semata-mata untuk mengHALALkan cara? Pakzi x puas hati di situ...

JIka halal berhubung badan, bermain perasaan sekalipun sebab depa dah laki-bini yang sah, NAMUN, jika USAHA atas iman tidak ditingkatkan, institusi rumahtangga itu akan menghadapi masalah. Bukan berfikiran NEGATIF terhadapnya, tetapi sebagai satu inisiatif yang harus ( malahan WAJIB ) diambil kira sebab telah dicontohkan oleh Baginda Rasul s.a.w. lagumana cara orang berlaki bini...kenapa dinafikan??

Sebab itu, Pakzi kata, PUNCAnya ialah IMAN, jika Usaha kearah kesempurnaan itu ada di kalangan kita, percabangan alternatif yg bukan penyelesaia masalah yg SOLID ini tidak akan mampu untuk mengatur-cara kehidupan ISLAM yang syumul.. sebab apa??... Sebab ISLAM yang dianuti itu tidak berLANDASkan sunnah Nabi... punah lah jua, walau x sepunah mana pun...sedang, ISLAM itu, agama yang sempurna, yg Allah redha keatas seluruh ummat manusia...

Maka, jawapan kepada masalah ummat hari ini, seperti topik yang dibicarakan ini, adalah kesempurnaan iman menjamin kesejahteraan hidup.

Kenapa Pakzi ber"keras" mengataka IMAN sebagai punca?? Terdapat dalil 'aqli dan dalil Naqli dalam membahaskannya....yang mana, jika kita teralih sedikit darinya, maka kita pasti tidak akan bertemu jawapannya... insyaallah, sesama kita usahakan..

Allaahu a'lam.

Wan Nurul Ezzah said...

ooo..yang utama ialah IMAN...dan nikah khitbah bukan salah satu jln penyelesaian menghalalkan cara..kan?hurmmmm betul3.sebenarnya iman kena harus dikuatkan.bila sampai saat nya baru kawen dan melaksanakan tanggungjawab bersama susah dan senang...kan?

Arozi said...

Itulah hakikatnya... tetapi, kebanyakan kita hari, suka mengada-adakan yangbaru untuk meMUDAHkan sesuatu, sedang segala sesuatu yang berlaku itu, memerlukan IMAN sebagai jalan penyelesaiannya. Memang la kita tidak menyalahkannya, tetapi, secara peribadi bagi Pakzi, ia bukan penyelesaian. Itulah gunanya Nabi diutuskan, untuk menyelesaikan masalah hidup manusia yg ada nafsu, supaya dengan perantaraan IMAN dan AMAL, nafsu akan dapat dikendalikan menepati kehendak Allah. Allah utuskan kitab, dan Nabi, untuk menyeru manusia supaya hidup dalam keadaan mentaati Allah.. kenapa kita harus mencari dan menggunakan kaedah lain? Bukankah kita sudah beriman kepada Allah dan Rasul?

Kita rujuk al-quran, sebagai bukti kita berIMAN kepada KITAB, mafhum ayat seribu dinar, yg kita hafal, yang kita tampal kat kereta, yang kita gantung kat rumah, kat kedai itu.. "Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, ( dgn sebenar2 taqwa ) Nescaya akan dibukakan baginya jalan keluar dari segala masalah. Di rezekikan untuknya dari sumber yang tak tersangka-sangka...".. maka, jelaslah bagi kita, untuk bertaqwa itu, kita kena ada IMAN.. kalu tak diusahakan IMAN keatas diri kita, lagumana kita nak berTAQWA?

Dan, kita juga buleh rujuk sirrah Nabi s.a.w... Di zaman jahiliyah, betapa hancurnya insttusi kemanusiaan di tanah arab, sehingga kerajaan yang palin bertamaddun zaman itu ROM dan FARSI pun "tidak tergamak" untuk menakluki tanah arab, lantaran kejahilan yg ada di dalamnya, kuhancuran hidup peribumi tanah arab, ROM dan FARSI takut, gejala itu menular kedalam tamaddun mereka.. Kegiatan harian seperti menari bogel dan berzina x kira siapa dengan siapa di sekeliling kaa'bah dan rerata tempat di seluruh tanah arab, curi, rompak, ragut, bunuh dan macam2 lagi yang tak terhurai dan tak tergambarkan oleh kita di zzaman ini..berleluasa di sana...

Sehinggalah, Nabi s.a.w. di utuskan, seru manusia utk berIMAN kepada ALLAH, TUHAN yang esa, sampai Abu Jahal berkata.. "KAMI ada 360tuhan tidak dapat menyelesaikan masalah, macam mana kamu seru kami kepada tuhan yang SATU akan mampu menyelesaikan masalah?? "..

HAKIKATnya, selepas 13 tahun di kota Makkah, dan 10 tahun di Madinah, ALLAH CERTIFIED.. KAMU ADALAH SEBAIK-BAIK UMMAT!... AKU REDHA bagi kamu ISLAM sebagai cara hidup..

Nah, renunglah.. apa lagi yang buleh kita lakukan untuk menyelesaikan masalah ummat hari ini kalo kita tidak kembali kepada IMAN, ISLAM dan EHSAN??...

sama-sama kita fikirlah, kalu ada CARA lain yang buleh kita guna untuk menyelesaikan masalah, sebab Pakzi yakin, memang takdak jalan lain lagi dah, melainkan PERBAIKI IMAN kita.. usaha, bina iman yang BETUL-YAKIN kepada ALLAH, semoga kita menjadi EHSAN dan berTAQWA kepada ALLAH, lalu ALLAH selesaikan segala masalah hidup kita..insyaallah...

Allaahu a'lam...