Pages

Wednesday, December 21, 2011

Nilai Sebuah Senyuman

Lama menghilang....Jejak2 langkah jua makin pudar menghilang dibawa hembusan angin...kadang2 hati cuba berhenti berfikir,berhenti mengenang dan berhenti utk mengingati sesuatu yang sudah lama pergi....Setelah lama menyepi lah aku cuba membawa rajuk hati...membawa diri ke kota untuk meneruskan langkah sebagai pelajar..kadang2 hati tidak rela,mungkin niat ku untuk sambung belajar adalah sebab "membawa hati" yang lara...banyak hal yang telah aku lalui sehingga tidak mampu untuk ku hadapi lagi...penat menangis,lelah mengharap,dan luka yang sentiasa berdarah tidak pernah berhenti mengalir darah dan sakit.sering bertanya diri kenapa dan mengapa??? aku jadi kaku..aku jadi rebah..rebah dan cuba untuk pulih dan bangun kembali...langkah ku longlai....

Bila dimuhasabahkan kembali...aku lupa bahawa aku ada PENCIPTA ku...DIA MAHA MENDENGAR....aku merintih padaNYA...meluahkan segala isi hati ku yang terluka,sakit dan kecewa...Meraih kembali Cinta NYA....cuba menghapuskan airmata yang tiada erti kepada menangisi segala dosa2 silam

Yea..sudah setahun berlalu...aku cuba menjadi seorang pemaaf namun sakit ini masih terasa..masih tercalar luka..setelah diberi harapan luka itu kembali berdarah...rupa nya harapan itu tidak seindah yang diharapkan.Ia sekadar khayalan semata2...hanya aku yang sentiasa memberi ruang dan peluang namun ia masih tidak dihargai....

Kembali pada kepadaNYA....DIA maha tahu segala2nya....kini aku cuba melupakan kesakitan itu...cuba bangkit semula...aku ingin menjadi orang yang berjaya.Berjaya sebagai hambaNYA yang solehah,berjaya sebagai pelajar yang cemerlang,berjaya menjadi seorang pendidik yang mendidik anak2 bangsa menurut ISLAM....aku ingin memulakan langkah dengan melupakan mereka2 yang telah menyakitkan hati ini.......aku ingin melupakan peristiwa itu...aku ingin melupakan kenangan dan pengalaman itu.....bagiku cukuplah sekali ia berlaku.....

Akan ku memaafkan segala2nya dan akan ku cuba melupakan segala2nya agar hati ku bisa melangkah dengan pasti dan tenang.........aku ingin kembali senyum dengan ikhlas...........


~~~@___@ coretan NURUL EZZAH ~~~

1 comment:

nur farahin binti sulaiman said...

pengalaman yg lalu dijadikan kenangan.. kdg2 kenangan yg lalu mmbuatkan kita jatuh kembali.. tp da juga yg buat kita lebih semangat.. semoga kamu terus berjaya..=)