Pages

Monday, March 28, 2011

Masihkah Ada Sinar...............

Part 6


Mencari Kepastian


Seminggu kemudian, rombongan dari pihak Zarul datang untuk merisik Khadijah. Puas dirayu puas meminta padaNYA mencari keputusan dariNYA,memohon untuk diberi jalan yang tebaik untuk diri dan masa depannya.Wakil keluarga Zarul tampil menyuarakan hasrat menyunting mawar di taman larangan.Suasana ceria ketika itu.Namun,Khadijah muram dan merenung panjang.Berfikir adakah tindakan nya itu benar-benar tepat,kerana selepas istikharah dan solat hajat,Khadijah merasakan yang dia tidak mahu meneruskan pertunangan ini.Hatinya membantah rombongan risikan ini.


"Firdaus,sekian lama kutepis rindu ini.Kunantikan syariat mnghalalkan untuk kuluahkan segala kerinduan.Hatiku milikmu,Firdaus!"Batinnya pedih merintih.Dia cuba mengumpul segenap ketabahan namun tidak berdaya.Airmata nya terus membanjiri pipi.Cinta yang terpelihara untuk Firdaus rupanya bukan milik Firdaus.Sukar untuknya menelan pahitnya realiti.Airmatanya meluahkan segala-galanya.


Wajahnya diangkat dan dia memandang handset nya agar ada sms dari Firdaus supaya Khadijah membatalkan majlis merisiknya itu.Kemudian dia menunduk lagi,melayan murahnya tangisan."Tidak!Tidak!Tidak!Aku mesti ada kemampuan berkata tidak!Maafkan aku Zarul.Aku tidak layak untukmu."Hati Khadijah berkata-kata.


"Perempuan ni, bila diam tanda setuju,bila menangis tanda terharu.Tapi berkatalah walau sepatah sama ada suka tau tidak."Mudah En.Mohd Razak mencipta pepatah.Hati ummi Khadijah pula dirundung resah melihat keadaan puterinya.Jiwa seorang ibu lebih memahami anaknya.Lagipun ummi Khadijah sebelum ini pun mengharapkan perhubungan Khadijah dan Firdaus,ummi Khadijah mengharapkan anak gadis sulung nya itu membatalkan niatnya menerima risikan dari pihak Zarul kerana mereka baru mengenali antara satu sama lain.Namun disebabkan hati yang terluka lah Khadijah membuat keputusan terburu-buru untuk menerima kedatangan rombongan merisik dari pihak Zarul.


Pada malam sebelum itu Khadijah menerima panggilan daripada ibu saudaranya yang berada di Kuala Lumpur."Along,mama harap along jangan la buat keputusan terburu-buru.Along masih muda,along ada cita-cita tinggi.Jangan kerna sakit hati pada Firdaus,along ambil keputusan macam ni.Mama tak nak along menyesal kemudian hari.Mama ada call Firdaus,dan Firdaus ada memberitahu mama yang dia masih sayang kan along dan berharap along tak terima risikan itu.Fikirkan lah along." Terfikir dengan kata-kata makcik nya yang dipanggil mama."Firdaus masih sayangkan aku?".


Khadijah bingkas bangun melangkah sopan masuk ke biliknya.Suasana dipukau seketika.Saspens sekali.....


Khadijah cuba melawan perasaan sedaya upaya.Dikamar,dia memeluk bantal.Airmata nya tumpah jua,tidak henti-henti.Dia perlukan ketenangan.Penawarnya kelihatan ada disisi.Tafsiran Al-Quran dibukanya dengan memejam mata,mata yang makin sarat dengan tangisan.Airmata itu terus menitis laju membasahi satu ayat di dalam Al-Quran.


"Abah,along tak boleh menerima risikan ini."Jawabnya lirih.Kata-kata Khadijah sangat berbekas di hati Zarul.Biarlah ia meninggalkan parut kenangan buat selama-lamanya.


"Ya Allah,benarkan keputusan yang telah aku buat ini?Khadijah meraup muka.


"Along serius ke dengan keputusan ini?"tanya Puan Hasni ketika Khadijah menyuarakan keputusan nya itu.


"Along serius ummi abah,dan along yakin dengan keputusan along.Harap ummi dan abah merestui keputusan along ini."


"Pergilah!pergilah cinta Khadijah!Aku tak perlukan cintamu."Luka lamanya membengkak kembali.


Selepas memohon kepada Allah sepanjang malam,perasaan Khadijah berasa amat lapang dan tenang.Dia begitu yakin dan nekad dengan keputusannya kali ini.Biarlah apa sekalipun halangan melanda,dia pasti tidak akan berundur dengan keputusannya.


Khadijah memaklumkan bahawa dia tidak jadi untuk bertunang kepada sahabat baik nya Wirda merangkap sahabat baik Firdaus.Dan Wirda memaklumkan kepada Khadijah bahawa Firdaus sedang menunggu mesej darinya menyatakan bahawa dia membatalkan majlis risikan itu dan tidak bertunang.


Dengan hati yang segan Khadijah cuba menguatkan hatinya untuk memberitahu Firdaus.


Seperti biasa sikap ego dan angkuh Firdaus masih tak berubah.Dia menganggap bahawa Khadijah tergila-gilakanya,dan Khadijah akan sujud padanya.Dan itu lah hakikatnya yang berlaku.Hati lembut Khadijah sentiasa beralah dengan Firdaus.


"Kenapa awak tak jadi tunang?"tanya Firdaus pada Khadijah.


Malas mahu bercakap lama-lama dengan Firdaus.Lelaki itu bukan tahu bersimpati.Tahunya mengejek sahaja.Namun dia mengharapkan pengertian dari Firdaus agar lebih menghargainya.


Panas yang disangka berpanjangan tidak lah hingga ke petang kerana hujan ditengah hari melanda hidup Khadijah.......


bersambung.............................................................



No comments: